
Polis rampas 11 pari mobula untuk didagangkan secara haram
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JAKARTA – Polis di Bali berjaya membongkar kegiatan perdagangan haram spesies ikan pari terbang atau mobula ray yang dilindungi dalam satu serbuan ke atas sebuah perkampungan, lapor agensi berita ANTARA. (Kosmo!, 15:21)
Read the reporting
1 report
Polis rampas 11 pari mobula untuk didagangkan secara haram
JAKARTA – Polis di Bali berjaya membongkar kegiatan perdagangan haram spesies ikan pari terbang atau mobula ray yang dilindungi dalam satu serbuan ke atas sebuah perkampungan, lapor agensi berita ANTARA.
“Kami merampas 11 ekor pari mobula sebagai bahan bukti daripada seorang individu yang dikenali sebagai M di Kampung Pengambengan,” kata Ketua Unit Marin dan Udara Polis Jembrana, Inspektor I Gede Ketut Suasnawa kelmarin.
Polis menahan M ketika dia sedang lalu di Dusun Munduk semasa serbuan dijalankan baru-baru ini.
Pemeriksaan ke atas kereta sorong yang ditarik oleh motosikal milik M membawa kepada penemuan 11 ekor ikan pari mobula yang telah dipotong.
Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pihak lain yang terlibat dalam perdagangan haram itu termasuk individu yang menangkap, menjual, membeli dan mengangkut spesies dilindungi itu.
“Kami akan mengendalikan kes ini mengikut undang-undang yang berkuat kuasa dan mengambil tindakan terhadap semua individu yang terlibat,” tambah Gede.
Sementara itu, Ketua Polis Jembrana, Cherry Simamora menggalakkan penduduk untuk mencegah perdagangan haram spesies yang dilindungi di kawasan mereka.
“Kami menggalakkan penduduk, terutamanya mereka yang aktif di kawasan pesisir pantai untuk bersama-sama melindungi marin serta tidak menangkap, mengangkut atau memperdagangkan spesies yang dilindungi, yang merupakan satu pelanggaran undang-undang,” katanya. – AGENSI
The post Polis rampas 11 pari mobula untuk didagangkan secara haram appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!15:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.