Malaysian Attention Engine
Live wire
46DJ Kidd sebak kenang keikhlasan Emma43KPM lanjut tarikh isi markah UASA, PAJSK41Hilang kepercayaan, Dak Jep tinggalkan BERSATU40Dakwaan edar dadah berhampiran IPD Sentul kejadian lama - Polis37Gagal capai KPI, wakil rakyat DAP berisiko digugurkan sebagai calon - Loke36General : 24 Flood Victims Evacuated To SK Seri Penanti Relief Centre36Arsenal snatch late win to keep pressure on Man City as Man Utd held35General : MSM Sugar Refinery Lease In Prai To Continue For 15 Years34Sisi says Egypt ready to defend Saudi Arabia ‘if requested’34Lazio crush Juventus to move level with Serie A leaders Inter34Police: Drug trafficking case mentioned in podcast near Sentul IPD dates back to 201634Animal welfare group urges probe into alleged sexual abuse of cat in viral video
NewConfirmedupdated 49 min ago

PRN Melaka: Jentera JR Wanita BN Pantai Kundor giat kenal pasti pengundi sasaran

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 09:07 MYTLatest activity 19 Oct, 09:27BMconfidence 80%

What happened

TANJUNG KLING: Jentera Jalinan Rakyat (JR) Wanita Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor giat mengenal pasti pengundi sasaran bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16. (Berita Harian, 09:07)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

PRN Melaka: Jentera JR Wanita BN Pantai Kundor giat kenal pasti pengundi sasaran

By Farhana Yaacob · 19 Oct, 09:07 MYT

TANJUNG KLING: Jentera Jalinan Rakyat (JR) Wanita Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor giat mengenal pasti pengundi sasaran bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Penyandang kerusi DUN Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi, berkata persiapan jentera di peringkat akar umbi digerakkan sejak lebih setahun lalu, termasuk memperkemas data pengundi bagi memastikan strategi mendekati pemilih lebih tersusun.

Beliau juga memberikan kepercayaan penuh kepada jentera JR, ketua komuniti dan ketua cawangan yang melaksanakan gerak kerja secara berterusan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

"Sehingga hari ini saya beri kepercayaan penuh kepada jentera JR, ketua komuniti dan ketua cawangan yang sudah bekerja siang dan malam sejak lebih setahun lalu, cuma tunggu tekan 'butang' sahaja.

"Alhamdulillah jentera memang sudah bersiap siaga, termasuk mengenal pasti pengundi yang betul-betul 'genuine untuk kita' (BN)," katanya ketika ditemui di Tanah Merah Jaya, Pantai Kundor semalam.

Mengenai usaha mendekati pengundi muda, Tuminah berkata, pelbagai program dilaksanakan sepanjang tempoh hampir lima tahun beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat, termasuk menyediakan kelas tuisyen percuma untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak empat tahun lalu.

"Pendekatan itu turut disusuli penganjuran aktiviti sukan dan program santai bagi membolehkan kita mendengar sendiri pandangan serta keperluan golongan itu.

"Kemudahan sukan di kawasan ini turut ditambah baik, termasuk di Tanah Merah yang menyediakan gelanggang bola tampar, sepak takraw dan futsal.

"Selain itu, beberapa isu lama yang membelenggu penduduk juga berjaya ditangani sepanjang penggal lalu antaranya berkaitan tanah, bekalan air bersih dan jalan raya," katanya.

Pada PRN Melaka 2021, Tuminah yang mewakili BN memenangi kerusi DUN Pantai Kundor dengan memperoleh 3,960 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Ridzwan Mustafa yang memperoleh 3,133 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Nor Azman Hassan dengan 2,799 undi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow
Latest 09:55 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 09:07 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:07

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.