
Dakwaan edar dadah berhampiran IPD Sentul kejadian lama - Polis
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR - Kegiatan pengedaran dadah didakwa berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menerusi satu video audio siar yang tular di TikTok baru-baru ini berlaku pada 12 Julai 2016.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil semakan mendapati tiga laporan polis berhubung kejadian itu telah diterima pada tarikh berkenaan.Menurutnya, video audio siar berdurasi dua minit 30 saat yang dimuat naik menerusi satu akaun Tik Tok itu dikesan pada kira-kira jam 10.38 pagi pada Ahad."Semakan lanjut mendapati kandungan podcast berkenaan merupakan penceritaan semula pengalaman seo (Sinar Harian, 20:30)
Read the reporting
3 reports
Kes dadah lama berdekatan balai diungkit, ketua polis KL tampil bersuara
Bekas wartawan Berita Harian Azrul Affandi Sobry tampil imbau pengalamannya menerusi sebuah audio siar yang dimuat naik di YouTube. PETALING JAYA: Tindakan seorang wartawan mengimbau operasi pengedaran dadah berskala besar berhampiran IPD Sentul sedekad lalu mengundang rasa tidak puas hati Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus.
Fadil menyifatkan pendedahan itu sebagai publisiti tidak wajar yang 'boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap pihak polis dan menjejaskan imej serta kredibiliti pasukan'.
Wartawan itu berkongsi pengalamannya menerusi sebuah audio siar yang dimuat naik di YouTube petang semalam, menceritakan bahawa beliau bersembunyi di sebuah kuil terbiar di Sentul selama tiga hingga empat hari untuk melihat sendiri kegiatan haram berkenaan.
Menerusi klip video berdurasi dua minit 30 saat yang tular di TikTok, bekas wartawan itu menzahirkan kehairanan bagaimana sebuah premis yang menjadi hab pengedaran dadah beroperasi secara terang-terangan di depan sebuah balai polis besar tanpa pernah diserbu.
Fadil menjelaskan insiden terbabit sebenarnya berlaku pada 12 Julai 2016 dan tiga laporan polis telah dibuat mengenainya ketika itu.
Susulan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab ketika menyebar atau menularkan sebarang maklumat.
"Pihak polis komited untuk terus memelihara integriti dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kepolisan demi keselamatan dan kesejahteraan negara," katanya dalam kenyataan.
Dalam versi penuh audio siar itu di YouTube, Azrul Affandi Sobry turut berkongsi pengalamannya bergelar guru sebelum terjun ke dunia kewartawanan bersama Berita Harian, selain meraih enam anugerah sebelum meninggalkan kerjaya itu.
Why it is rising
- 3 mentions in the last hour after none the hour before
- 4 independent sources, 4 new in the last hour
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian20:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Harian Metro, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.