
PTPTN bantu pelajar merealisasikan impian
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PTPTN bantu pelajar merealisasikan impian (Harian Metro, 06:52)
Read the reporting
1 report
PTPTN bantu pelajar merealisasikan impian
am@hmetro.com.my
Kuala Nerus: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disifatkan sebagai nadi penggerak pendidikan tinggi negara dalam membantu pelajar untuk merealisasikan impian mereka.
Anugerah Khas Industri PTPTN yang diperkenalkan bagi menghargai kejayaan pelajar yang mencapai kriteria yang ditetapkan mencerminkan komitmen agensi itu dalam memartabatkan pendidikan tinggi di negara ini.
Penerima Anugerah Khas Industri PTPTN sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kali Ke-24, Nur Hanis Afiqah Adanan, 23, berkata, kemudahan yang disediakan PTPTN membolehkannya membuat pinjaman untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan sarjana muda.
Menurutnya, tanpa PTPTN mungkin hasratnya untuk ke menara gading menemui jalan sukar kerana perlu menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi terutama dalam melunaskan yuran pengajian.
Katanya, selain yuran yang terus dipotong, baki wang yang masuk ke akaun pelajar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kegunaan harian sepanjang berada di universiti.
"Tanpa PTPTN mungkin hasrat saya untuk melanjutkan pengajian mungkin berliku kerana perlu menyediakan sumber kewangan yang mencukupi.
"Namun, peluang yang diberikan oleh PTPTN bukan hanya kepada saya malah kepada majoriti pelajar dapat merealisasikan hasrat mereka untuk menggapai impian ke menara gading," katanya yang juga graduan Sarjana Muda Sains Pengajian Gunaan (Perikanan).
Menurutnya, sebelum ini dia turut melanjutkan pengajian dalam bidang sama namun di peringkat diploma dan turut mendapat pinjaman daripada PTPTN.
"Alhamdulillah, atas anugerah yang diberikan oleh PTPTN ini, saya amat berterima kasih kepada PTPTN kerana bukan hanya membantu saya malah majoriti pelajar di luar sana," katanya yang berasal dari Kuala Abang, Dungun, Terengganu.
Nur Hanis berkata, PTPTN sememangnya sangat-sangat membantu terutama bagi keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah.
Menurutnya yang juga anak ke dua daripada empat beradik berkata, ibunya Asmawati Jantan, 46, merupakan seorang peniaga kecil justeru bantuan pinjaman yang dihulurkan PTPTN disambut dengan baik.
Seorang lagi penerima, Muhammad Afham Saipulismi, 23, berkata, dia pada mula terkejut apabila dimaklumkan terpilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Khas Industri PTPTN.
"Syukur dan terima kasih dengan penganugerahan ini membuktikan PTPTN menghargai pelajar melalui cara mereka sendiri," katanya yang juga graduan Sarjana Muda Sains Pengajian (Analatik Data) UMT.
Ditanya mengenai pembayaran balik pinjaman, Muhammad Afham berkata, peminjam seharusnya memainkan peranan dengan membuat bayaran balik bagi membolehkan generasi seterusnya dapat menikmati pinjaman yang ditawarkan.
Menurutnya yang berasal dari Jeram Pusu, Pasir Putih, Kelantan berkata, PTPTN merupakan pemudah cara bagi seorang pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dan dia berharap anugerah ini akan diteruskan oleh PTPTN pada tahun-tahun berikutnya.
Katanya, dia difahamkan untuk mendapatkan anugerah ini, PTPTN meletakkan kriteria tertentu justeru ia merupakan pemangkin bagi pelajar untuk sama-sama meletakkan sasaran untuk menggapai anugerah yang ditawarkan.
Tambahnya, anugerah ini mewujudkan persaingan sihat antara pelajar dalam meningkatkan prestasi pembelajaran ke tahap lebih optimum.
"Langkah yang ditawarkan PTPTN dilihat amat baik kerana ia akan mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pelajar universiti di negara ini," katanya.
Ujarnya, PTPTN juga dilihat seumpama rakan kepada pelajar kerana dengan adanya PTPTN sebilangan besar pelajar dapat merealisasikan hasrat mereka ke menara gading dan sebaik tamat pengajian mendapat pekerjaan mengikut kehendak masing-masing.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.