
Rang undang-undang warga emas bakal digubal - PM
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Rang undang-undang warga emas bakal digubal - PM (Harian Metro, 16:51)
Read the reporting
1 report
Rang undang-undang warga emas bakal digubal - PM
asyikin.mat@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Rang Undang-Undang (RUU) warga emas akan digubal bagi menangani pengabaian dan memperkukuh ekosistem penjagaan yang menyeluruh.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan warga emas ditingkatkan kepada RM1.3 bilion kepada hampir 200,000 penerima pada tahun hadapan.
"Kadar cukai perkhidmatan jagaan warga emas diturunkan daripada lapan kepada enam peratus.
"Pengecualian penuh diberikan bagi yuran jagaan sehingga RM96,000 setahun," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Anwar turut mengumumkan lebih RM40 juta peruntukan disediakan melalui HRD Corp untuk melahirkan 8,000 orang bekerja dalam sektor penjagaan warga emas.
"Ini bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam sektor penjagaan warga emas
"Dua pusat kepakaran penjagaan bersepadu (NICE) dibangunkan di Pulau Pinang dan Sarawak untuk latihan, penyelidikan dan penjagaan warga emas," katanya.
Dalam Belanjawan 2026, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.26 bilion bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan kepada 180,000 penerima warga emas di seluruh negara.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro16:51
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.