
Remaja perempuan maut, 25 cedera tiang lampu tumbang di kolej
Only social or community posts, or a single source.
What happened
NEW DELHI: Remaja perempuan maut, manakala 25 pelajar cedera selepas tiang lampu tumbang ketika berlangsungnya acara "Dandiya" di kolej di Telangana, selatan India, pada malam tadi, menurut polis tempatan. (Berita Harian, 10:50)
Read the reporting
1 report
Remaja perempuan maut, 25 cedera tiang lampu tumbang di kolej
NEW DELHI: Remaja perempuan maut, manakala 25 pelajar cedera selepas tiang lampu tumbang ketika berlangsungnya acara "Dandiya" di kolej di Telangana, selatan India, pada malam tadi, menurut polis tempatan.
Insiden itu berlaku di MVSR Engineering College di daerah Ranga Reddy.
Acara Dandiya diadakan di bandar utama India dengan peserta menari hingga ke malam.
Dandiya adalah perhimpunan perayaan yang menampilkan tarian rakyat tradisional Dandiya Raas dari Gujarat di barat India.
Tarian itu amat popular ketika Navratri, festival Hindu yang disambut selama sembilan malam bagi menghormati Dewi Durga.
Berdasarakan laporan media, struktur lampu logam yang besar dan berat di atas kawasan tarian itu tumbang secara tiba-tiba, menyebabkan pelajar tidak sempat menyelamatkan diri.
Insiden itu turut mencetuskan kebakaran di lokasi acara hingga menimbulkan panik dalam kalangan pelajar.
Mangsa yang cedera dibawa ke hospital tempatan, dengan beberapa daripada mereka dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. – BERNAMA-XINHUA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian10:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.