Rifdean tekad tumbangkan Nadaka di Tokyo
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETARUNG Muay Thai negara, Rifdean Masdor berpeluang mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menjuarai kategori atomweight ONE Championship jika berjaya menumbangkan juara bertahan dari Jepun, Nadaka Yoshinori di Tokyo, Sabtu ini.Rifdean, 23, bakal berdepan Nadaka, 25, yang hadir dengan 42 kemenangan berturut-turut pada acara ONE SAMURAI 4 di Ariake Arena.Nadaka merangkul gelaran dunia atomweight selepas menewaskan petarung Thailand, Numsurin Chor Ketwina menerusi keputusan sebulat suara pada November lalu.Bagaimanapun, Rifdean tidak gentar berdepan lawan yang belum tewas itu, malah m (Sinar Harian, 18:23)
Read the reporting
1 reportRifdean tekad tumbangkan Nadaka di Tokyo
PETARUNG Muay Thai negara, Rifdean Masdor berpeluang mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama menjuarai kategori atomweight ONE Championship jika berjaya menumbangkan juara bertahan dari Jepun, Nadaka Yoshinori di Tokyo, Sabtu ini.Rifdean, 23, bakal berdepan Nadaka, 25, yang hadir dengan 42 kemenangan berturut-turut pada acara ONE SAMURAI 4 di Ariake Arena.Nadaka merangkul gelaran dunia atomweight selepas menewaskan petarung Thailand, Numsurin Chor Ketwina menerusi keputusan sebulat suara pada November lalu.Bagaimanapun, Rifdean tidak gentar berdepan lawan yang belum tewas itu, malah menjalani latihan tiga kali sehari bagi memastikan persiapannya berada pada tahap terbaik."Nadaka petarung terbaik di dunia tetapi dia juga manusia. Bagi saya, tiada yang mustahil dan saya tidak takut dengan ancamannya."Saya berlatih tiga kali sehari untuk pertarungan ini dan akan memberikan persembahan terbaik pada Sabtu nanti."Selepas ini, semua orang akan ingat nama saya kerana saya akan menjadi orang pertama yang mengalahkan petarung anda," katanya.Rifdean yang mencatat tujuh kemenangan dan satu kekalahan di ONE Championship turut mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) organisasi itu, Chatri Sityodtong.Chatri menyifatkan kuasa tumbukan Rifdean sebagai ancaman yang mampu mengubah keputusan pertarungan jika Nadaka gagal mengawal asakan petarung negara itu."Rifdean memiliki kuasa tumbukan yang mampu menghasilkan kemenangan menerusi satu tumbukan. Dia sangat berbahaya dan jika Nadaka tidak berwaspada atau gagal menyerap asakannya, kita mungkin menyaksikan kejutan," katanya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian18:23
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.