
RM3,100 sekadar 'lantai kewangan', bukan jaminan hidup selesa
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Gaji kira-kira RM3,100 bagi individu bujang di Kuala Lumpur wajar dilihat sebagai 'lantai kewangan' untuk menjalani kehidupan secara munasabah. (Berita Harian, 08:34)
Read the reporting
1 report
RM3,100 sekadar 'lantai kewangan', bukan jaminan hidup selesa
KUALA LUMPUR: Gaji kira-kira RM3,100 bagi individu bujang di Kuala Lumpur wajar dilihat sebagai 'lantai kewangan' untuk menjalani kehidupan secara munasabah.
Bagaimanapun, angka berkenaan bukan jaminan seseorang itu sudah berada pada tahap kewangan yang selesa.
Pensyarah Perancangan Kewangan Peribadi, Universiti Putra Malaysia (UPM, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri, berkata angka itu sesuai dijadikan penanda aras bagi menilai kemampuan seseorang memenuhi keperluan asas, selain mempunyai sedikit ruang untuk simpanan dan menghadapi kecemasan.
Beliau yang juga Dekan Fakulti Ekologi Manusia berkata, kecukupan pendapatan tidak seharusnya diukur berdasarkan kemampuan membayar makan, sewa rumah dan pengangkutan semata-mata.
Ini sebaliknya, beliau berkata, turut mengambil kira keperluan kesihatan, komunikasi, penyertaan sosial, simpanan serta perlindungan daripada kejutan kewangan.
"Gaji minimum ialah paras gaji paling rendah yang ditetapkan melalui dasar dan perundangan. Gaji kehidupan wajar pula melihat persoalan lebih besar, iaitu selepas bekerja sepenuh masa, adakah seseorang mempunyai pendapatan mencukupi untuk hidup secara wajar?
"Ini termasuk mempunyai sedikit simpanan dan perlindungan kewangan, bukan sekadar cukup untuk bertahan sehingga hujung bulan," katanya kepada BH.
BH sebelum ini melaporkan individu bujang yang tinggal di Kuala Lumpur dianggar memerlukan gaji kehidupan wajar kira-kira RM3,100 sebulan bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan pada tahap munasabah.
Ini berdasarkan anggaran inisiatif Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) 2026 yang mengambil kira perubahan kos hidup.
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Fraziali Ismail, dilaporkan berkata angka itu bukan pengiraan baharu yang muktamad, sebaliknya berdasarkan kadar RM2,700 yang pernah dihitung bagi individu bujang di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu, sebelum disesuaikan secara kasar dengan perubahan inflasi.
Dalam pada itu Mohamad Fazli berkata, RM3,100 boleh dianggap munasabah sebagai titik permulaan, tetapi terlalu awal untuk menyifatkannya sebagai gaji yang selesa kerana kedudukan kewangan seseorang banyak dipengaruhi komitmen dan corak perbelanjaan masing-masing.
"Individu yang menyewa bilik berhampiran tempat kerja dan menggunakan pengangkutan awam tentunya mempunyai kedudukan kewangan berbeza daripada seseorang yang memiliki kereta, membayar pinjaman, menyewa sendiri dan pada masa sama membantu ibu bapa.
"Jadi, kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa setiap individu bujang yang menerima RM3,100 secara automatik mencapai kesejahteraan kewangan," katanya.
Mohamad Fazli berkata, perbezaan kos pengangkutan juga menunjukkan bagaimana pilihan gaya hidup boleh mempengaruhi tahap kecukupan pendapatan seseorang, terutama di kawasan bandar.
Katanya, berdasarkan Belanjawanku 2024/2025, anggaran perbelanjaan bulanan individu bujang di Lembah Klang kira-kira RM1,970 bagi pengguna pengangkutan awam, berbanding RM2,800 bagi pemilik kereta.
"Perbezaan ini menunjukkan keputusan berkaitan pengangkutan sahaja boleh memberi kesan besar kepada kedudukan kewangan seseorang," katanya.
Beliau berkata, margin pendapatan akan menjadi lebih kecil sekiranya seseorang turut mempunyai komitmen seperti pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), insurans atau takaful, membantu ibu bapa serta perlu membina simpanan kecemasan.
"Sebagai contoh, seseorang mungkin mampu membayar semua bil dengan RM3,100, tetapi jika hanya berbaki RM50 atau RM100 selepas semua komitmen, satu kecemasan kecil seperti kereta rosak atau jatuh sakit sudah boleh menyebabkan dia menggunakan kad kredit, BNPL (beli sekarang, bayar kemudian) atau meminjam daripada keluarga," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian08:34
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.