Malaysian Attention Engine
Live wire
49General : Selangor Sultan Launches Commemorative Items For Silver Jubilee46Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor44Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan4313 lelaki ditahan baling bom petrol di penempatan Rohingya41General : KPDN Proposes Diesel Subsidy For Kudat-Pulau Banggi Ferry Operators41"Kalau orang tuduh saya munafik, saya balik demam terus" - Speaker39Govt ordered to return 497.82 bitcoin to 9 cheated in scheme37Saman fitnah: Dr Akmal diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Teresa Kok37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36Consider shutting down pig farms nationwide: Wan Saiful36Papagomo bebas, AGC sekali lagi mahu fail rayuan36Mahasiswa UM pertahan kenyataan isu derma Najib perkara ‘paling bodoh’
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Rokok haram: Penguatkuasaan perlu sampai ke kedai runcit

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 17:27 MYTLatest activity 19 Oct, 17:27BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR – Peningkatan peruntukan penguatkuasaan menerusi Belanjawan 2027 perlu dimanfaatkan untuk mempergiat pemeriksaan di premis perniagaan runcit bagi membanteras penjualan rokok haram yang masih berleluasa dan mudah didapati.Bekas Ketua Polis Sarawak, Datuk Dr Yusoff Nook, berkata penambahan sumber kepada agensi penguatkuasaan mampu meningkatkan keberkesanan operasi, khususnya menerusi pemeriksaan berulang dan tindakan tegas terhadap premis yang terlibat dalam kegiatan haram.Beliau berkata Belanjawan 2027 memperuntukkan RM1.1 bilion bagi memperkukuh operasi agensi penguatkuasaan, term (Sinar Harian, 17:27)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Rokok haram: Penguatkuasaan perlu sampai ke kedai runcit

By Wartawan Sinar Harian · 19 Oct, 17:27 MYT

KUALA LUMPUR – Peningkatan peruntukan penguatkuasaan menerusi Belanjawan 2027 perlu dimanfaatkan untuk mempergiat pemeriksaan di premis perniagaan runcit bagi membanteras penjualan rokok haram yang masih berleluasa dan mudah didapati.Bekas Ketua Polis Sarawak, Datuk Dr Yusoff Nook, berkata penambahan sumber kepada agensi penguatkuasaan mampu meningkatkan keberkesanan operasi, khususnya menerusi pemeriksaan berulang dan tindakan tegas terhadap premis yang terlibat dalam kegiatan haram.Beliau berkata Belanjawan 2027 memperuntukkan RM1.1 bilion bagi memperkukuh operasi agensi penguatkuasaan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Katanya, peruntukan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) turut meningkat kepada RM490 juta berbanding RM37 juta pada tahun ini."Sepanjang berkhidmat dalam bidang penguatkuasaan, saya dapat melihat sendiri bahawa keberkesanan operasi bergantung pada sumber yang mencukupi, termasuk pegawai di lapangan, kenderaan, risikan serta keupayaan untuk kembali memeriksa premis yang sama secara berulang kali."Kerajaan wajar diberikan pengiktirafan kerana meletakkan penguatkuasaan sebagai salah satu keutamaan dalam Belanjawan 2027," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Menurut pakar jenayah ekonomi itu, peningkatan peruntukan berkenaan melengkapkan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Oktober supaya operasi bersepadu dilaksanakan di seluruh negara bagi membanteras perniagaan haram yang dikendalikan oleh warga asing.Operasi berkenaan melibatkan kerjasama polis, Kastam, KPDN, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Imigresen.Yusoff turut menyambut baik tindakan JKDM mempergiat operasi terhadap premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing, selain langkah memperketat kawalan sehingga lesen perniagaan pemilik tempatan boleh dibatalkan sekiranya mereka didapati menyewakan premis kepada warga asing untuk menjalankan kegiatan haram.Beliau berkata tindakan terhadap pemilik premis penting bagi memastikan mereka turut bertanggungjawab sekiranya premis masing-masing digunakan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang.Mengulas isu penjualan rokok haram, Yusoff berkata kegiatan itu perlu ditangani dengan lebih tegas kerana produk berkenaan masih mudah diperoleh di kedai runcit di seluruh negara."Rokok haram bukan dijual secara tersembunyi. Ia dijual secara terbuka di kedai runcit dan sering kali oleh pekerja asing."Pembeli juga tahu di mana mereka boleh mendapatkannya. Penguatkuasaan yang lebih tegas di premis ini mampu membawa perubahan yang ketara," katanya.Beliau berkata kajian Illicit Cigarettes Study oleh NielsenIQ pada Mei 2026 mendapati 56.2 peratus daripada rokok yang digunakan di Malaysia merupakan rokok haram.Sementara itu, tinjauan Wawasanex terhadap 603 rakyat Malaysia pada bulan yang sama mendapati 99 peratus responden menyatakan rokok haram mudah atau sangat mudah diperoleh, manakala 73 peratus menamakan pekerja migran sebagai penjual utama.Sehubungan itu, beliau berharap peruntukan tambahan berkenaan dimanfaatkan untuk meningkatkan pemeriksaan di premis perniagaan, termasuk pemeriksaan susulan terhadap premis yang pernah diserbu.Katanya, penyelarasan antara Kastam, KPDN, polis dan PBT berkaitan penguatkuasaan lesen perniagaan juga perlu dipertingkatkan bagi memastikan tindakan berkesan dapat diambil terhadap pesalah."Premis yang terus menjual rokok haram, termasuk yang dikendalikan melalui pekerja asing, perlu dikenakan tindakan tegas."Belanjawan 2027 telah menyediakan agensi penguatkuasaan dengan sumber yang diperlukan. Jika dimanfaatkan dengan berkesan di peringkat peruncitan, usaha ini dapat menyukarkan orang ramai mendapatkan rokok haram," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, Yusoff berkata isu pelesenan perniagaan turut perlu diberikan perhatian susulan dakwaan bahawa dua kedai serbaneka di Kuching menjadi sasaran serangan pembakaran pada September lalu selepas didakwa menjual tambah nilai perjudian dalam talian.Beliau berkata kes berkenaan menunjukkan kepentingan penguatkuasaan peraturan pelesenan serta tindakan tegas sekiranya siasatan mengesahkan berlakunya kegiatan haram.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow18:00
Latest 18:05 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
19 Oct, 17:27 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    17:27

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.