
Romania tembak jatuh dua dron di Laut Hitam
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BUCHAREST: Romania menembak jatuh dua dron di Laut Hitam pada Sabtu dalam insiden terbaharu yang dipercayai berpunca daripada limpahan konflik susulan pencerobohan Russia ke atas Ukraine. (Utusan Malaysia, 11:00)
Read the reporting
1 report
Romania tembak jatuh dua dron di Laut Hitam
BUCHAREST: Romania menembak jatuh dua dron di Laut Hitam pada Sabtu dalam insiden terbaharu yang dipercayai berpunca daripada limpahan konflik susulan pencerobohan Russia ke atas Ukraine.
Beberapa kapal dilaporkan diserang dron di Laut Hitam, berhampiran pantai Romania dan Bulgaria.
Dron berkenaan ditembak jatuh oleh jet pejuang F-16 kira-kira 20 kilometer ke tenggara bandar Sulina.
“Dua dron dipintas dan ditembak jatuh oleh juruterbang tentera Romania di ruang udara Laut Hitam beberapa minit lalu, sejurus selepas memasuki wilayah negara kami secara haram.
“Dron pertama memasuki ruang udara negara pada pukul 5.59 petang (waktu tempatan) dan ditembak jatuh dalam tempoh dua minit. Dron kedua pula ditembak jatuh pada pukul 6.05 petang (waktu tempatan), lima minit selepas memasuki ruang udara Romania,” kata Menteri Pertahanan, Radu Miruta menerusi Facebook.
Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, dua jet F-16 Tentera Udara Romania terlibat dalam operasi memintas dron berkenaan.
Menteri Luar, Oana Toiu menerusi platform X berkata, Laut Hitam akan kembali selamat sambil menambah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) akan membincangkan isu itu pada mesyuarat Majlis Atlantik Utara Selasa ini.
“Laut Hitam merupakan laluan maritim penting bagi eksport bijirin, sumber tenaga dan komoditi perindustrian ke seluruh dunia, menjadikan kestabilannya amat penting kepada keselamatan makanan dan tenaga antarabangsa.
Beberapa serangan dron terhadap kapal di Laut Hitam dilaporkan berlaku pada Oktober di perairan berhampiran Romania dan Bulgaria. Insiden terbaharu pada Khamis menyebabkan tujuh anak kapal dilaporkan hilang di luar pantai Romania.
Pada Khamis, Presiden Romania, Nicusor Dan berkata, negaranya memerlukan peralatan untuk menangani cabaran jenis baharu selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua NATO, Mark Rutte.
Rutte berkata, pakatan ketenteraan itu akan terus bekerjasama rapat dengan sekutu kami di Laut Hitam, sambil menyesuaikan langkah pencegahan dan pertahanan mengikut keperluan.
Pasukan NATO sebelum ini telah menembak jatuh empat dron di ruang udara Romania sepanjang tahun ini.-AFP
The post Romania tembak jatuh dua dron di Laut Hitam appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia11:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.