
Rumah madrasah pertama bina akhlak, jati diri anak
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Malaysia sebelum ini dikejutkan dengan satu kejadian yang menggemparkan. Seorang remaja perempuan ditemui parah dalam dewan sekolah dan akhirnya meninggal dunia. (Harian Metro, 07:08)
Read the reporting
1 report
Rumah madrasah pertama bina akhlak, jati diri anak
Malaysia sebelum ini dikejutkan dengan satu kejadian yang menggemparkan. Seorang remaja perempuan ditemui parah dalam dewan sekolah dan akhirnya meninggal dunia.
Hati kita berat bertanya, bagaimana tempat menuntut ilmu boleh menjadi lokasi tragedi? Sekolah yang selama ini kita percayai sebagai tempat selamat kini menimbulkan kebimbangan di hati setiap ibu bapa.
Setiap kali kejadian seperti ini berlaku, kita melihat reaksi sama. Masing-masing menuding jari. Ada yang menyalahkan sekolah, sistem pendidikan, ibu bapa atau media sosial.
Hakikatnya, proses undang-undang akan menentukan kebenaran dalam kes ini. Tugas kita ialah mengambil iktibar dan bermuhasabah, bukan menghukum sebelum waktunya.
Didikan bermula di rumah
Jika kita menelusuri akar masalah akhlak remaja, kita akan kembali kepada institusi paling asas, iaitu keluarga. Ibu bapa ialah guru pertama bagi anak. Sebelum mengenal guru di sekolah, anak sudah belajar daripada cara kita bercakap, bersolat, menyelesaikan masalah dan melayan orang lain. Remaja mencerminkan nilai yang dibawa daripada rumah.
Allah SWT mengingatkan tanggungjawab ini dalam firman-Nya: "Wahai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka." (Surah at-Tahrim :6)
Menurut ulama tafsir, memelihara keluarga daripada neraka bermaksud mendidik dan membimbing mereka, bukan sekadar menyuruh. Perhatikan bahawa ayat ini bermula dengan diri sendiri. Ibu bapa perlu membaiki diri dahulu kerana anak belajar daripada teladan.
Teknologi tanpa sempadan
Cabaran terbesar hari ini ialah teknologi tanpa sempadan. Telefon pintar diberikan kepada anak tanpa panduan dan had. Dalam satu telefon kecil, mereka boleh mengakses keganasan, pornografi dan budaya yang meruntuhkan nilai tanpa tapisan.
Teknologi hanya alat. Ia boleh menjadi saluran ilmu atau saluran kerosakan, bergantung pada siapa yang membimbing penggunanya. Ibu bapa bukan sekadar membelikan peranti, tetapi menetapkan batas, memantau dan menjadi teman berbicara.
Ilmu agama sebagai benteng
Pendidikan agama bukan sekadar menghantar anak ke kelas fardu ain atau menghafal doa. Islam ialah cara hidup yang menyeluruh, meliputi akidah, ibadah, akhlak dan urusan harian.
Persoalannya, bagaimana ibu bapa mahu mendidik anak dengan Islam yang menyeluruh jika mereka sendiri kurang ilmu? Anak tidak boleh diberi sesuatu yang tidak dimiliki oleh pemberinya. Allah berfirman: "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?" (Surah az-Zumar: 9)
Soalan ini jawapannya jelas, iaitu tidak sama. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu mengenalkan kita kepada Allah. Ilmu seperti ini melahirkan rasa takut dan taat kepada-Nya, dan rasa itu yang menjaga akhlak ketika tiada sesiapa memerhati.
Akhlak ialah ilmu praktikal yang hanya dapat diamalkan jika difahami. Seseorang tidak akan sentiasa jujur atau penyayang hanya kerana disuruh. Dia berbuat demikian kerana faham mengapa ia perlu. Tanpa kefahaman, iman sukar bertapak dan ruang jiwa itu akan diisi oleh nilai jahiliah yang bertentangan dengan fitrah. Kekurangan ilmu agama dalam kalangan ibu bapa ialah antara punca utama masalah ini. Ini bukan tuduhan, tetapi realiti yang perlu kita akui dengan hati terbuka.
Teladan Luqman al-Hakim
Al-Quran merakamkan contoh seorang bapa yang mendidik anaknya dengan hikmah: إِنَDan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa menasihatinya: Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya syirik itu satu kezaliman yang besar." (Surah Luqman:13)
Luqman memanggil anaknya dengan penuh kasih, "wahai anakku." Nasihat yang berkesan lahir daripada hubungan yang hangat, bukan herdikan. Beliau juga memulakan dengan akidah kerana akhlak yang kukuh berdiri atas iman yang benar. Kemudian beliau menyambung dengan pesanan solat, kebaikan dan kesabaran. Pendidikan anak bermula dengan iman, diikuti ibadah dan akhlak.
Jahiliah tidak pernah berhenti
Jahiliah tidak akan berhenti dan tidak menunggu kita bersedia. Usaha menghakis nilai iman dalam jiwa anak berjalan setiap hari melalui hiburan, media sosial dan budaya yang menormalkan kerosakan. Ia datang seperti tsunami yang menghempas tanpa belas kasihan. Tanpa ilmu yang mendalam, kita tidak mampu berdiri menghadapinya.
Kitalah yang mencorakkan anak
Rasulullah SAW bersabda bahawa setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, dan ibu bapanyalah yang mencorakkannya. Tanggungjawab ini tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada sekolah. Sekolah membantu, tetapi rumahlah madrasah pertama.
Rasulullah SAW juga berpesan: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah dan sunah Nabi-Nya." (Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta')
Jalan keselamatan tidak rumit. Selagi al-Quran dan sunah menjadi pegangan dalam rumah tangga, kita dan anak-anak akan terpelihara daripada kesesatan.
Kembali kepada Islam yang syumul
Tragedi ini bukan sekadar berita untuk dibaca dan dilupakan. Ia loceng amaran. Mari kita berhenti menuding jari dan mula memandang ke dalam rumah sendiri. Tambah ilmu agama, perbaiki teladan diri, tetapkan batas teknologi dan luangkan masa untuk anak.
Kembali kepada Islam yang syumul, Islam yang menjadi cara hidup dan bukan sekadar identiti. Itu jalan menyelamatkan anak kita daripada fitnah yang dahsyat pada akhir zaman. Anak ialah amanah Allah dan kita akan dipersoalkan tentang cara kita menjaganya.
Penulis Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Islam Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:08
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.