
Sabar menemani setiap langkah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Setiap orang mempunyai perjalanan hidup berbeza. Ada yang sejak awal sudah tahu arah mahu dituju, ada pula membiarkan pengalaman membawa mereka dari satu persinggahan ke persinggahan yang lain sebelum akhirnya menemukan jalan sendiri. (Utusan Malaysia, 08:00)
Read the reporting
1 report
Sabar menemani setiap langkah
Setiap orang mempunyai perjalanan hidup berbeza. Ada yang sejak awal sudah tahu arah mahu dituju, ada pula membiarkan pengalaman membawa mereka dari satu persinggahan ke persinggahan yang lain sebelum akhirnya menemukan jalan sendiri.
Begitu juga perjalanan Nooryana Najwa Najib, 38, yang sejak usia muda sudah didedahkan kepada dunia politik, namun pada masa sama memilih untuk membina pengalaman melalui pendidikan dan kerjaya sebelum melangkah lebih jauh.
Ketika menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Muda Politik Antarabangsa di sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS), anak kepada Perdana Menteri keenam ini mula mendekati dunia politik secara lebih dekat.
Pengalaman bekerja sebagai sukarelawan dalam kempen bekas Presiden AS, Barack Obama dan ahli politik, Hillary Clinton membuka ruang untuknya melihat politik daripada sudut berbeza, bukan hanya sebagai soal jawatan dan kuasa tetapi bagaimana kempen dibina, mesej disampaikan dan sokongan masyarakat digerakkan.
Pengalaman itu sedikit demi sedikit membentuk pandangannya tentang masa depan. Daripada sekadar melihat politik sebagai sebahagian daripada latar keluarganya, Nooryana Najwa mula menjadikan bidang itu sebahagian daripada perjalanan hidupnya.
Di sebalik nama keluarga yang sudah begitu dikenali, beliau juga melalui fasa membina kerjaya, belajar berdikari ketika berada jauh daripada keluarga dan kini memikul tanggungjawab sebagai ibu kepada empat cahaya mata berusia antara sembilan hingga setahun.
Barangkali di situlah menariknya perjalanan seorang wanita yang memilih untuk membina langkah sendiri. Ada ketika perlu mengejar cita-cita, ada waktunya memberi perhatian kepada keluarga dan ada masa terpaksa memperlahankan langkah apabila kehidupan menuntut demikian.
Daripada pengalaman itulah Nooryana Najwa belajar tidak semua perkara perlu diselesaikan dengan segera. Ada keputusan yang memerlukan masa, ada pula cabaran yang perlu dilalui dengan tenang dan ada ketika seseorang hanya perlu terus berjalan walaupun langkahnya tidak sepantas yang diharapkan.
Bagi beliau, antara pelajaran terbesar dalam perjalanan itu ialah tentang kesabaran. Nilai yang dipelajarinya itu bukan sahaja melalui dunia politik dan kerjaya tetapi juga daripada kehidupan sebagai seorang ibu.
Bina jalan sendiri
Nasihat daripada bapanya, turut memberi kesan kepada cara Nooryana Najwa melihat perjalanan dalam politik.
Menurut bapanya, jika mahu berjaya, seseorang perlu bermula dari bawah.
Nasihat itu bermaksud memahami bagaimana sesebuah organisasi bergerak, mengenali orang di akar umbi dan mengetahui tanggungjawab pada setiap peringkat sebelum memikirkan kedudukan yang lebih tinggi.
Bagi Nooryana Najwa, prinsip tersebut bukan hanya sesuai dalam politik sebaliknya juga berguna dalam kehidupan. Ini kerana kepercayaan tidak boleh dibina dalam sehari.
“Nama mungkin membuka ruang untuk seseorang dikenali tetapi pengalaman dan cara seseorang membawa diri akhirnya menentukan sejauh mana kepercayaan itu dapat dipertahankan.
“Sebab itu, perjalanan pendidikan dan kerjayanya menjadi sebahagian daripada proses membina identiti sendiri,” katanya kepada Seri baru-baru ini.
Daripada politik antarabangsa kepada dunia korporat, pengalaman yang dilalui memberikan perspektif yang lebih luas tentang dunia pekerjaan dan ekonomi sebelum beliau memilih untuk memberikan lebih banyak perhatian kepada politik.
Keluarga jadi keutamaan
Sebagai seorang ibu sambil dalam masa sama meneruskan kerjaya dan tanggungjawab dalam politik bukan sesuatu yang mudah. Ada hari yang berjalan lancar tetapi ada juga hari yang terasa panjang.
Anak-anak perlu dihantar ke sekolah, kerja rumah perlu disiapkan dan masa perlu dibahagikan antara keluarga dengan pelbagai komitmen lain.
Pengalaman itu mengubah caranya melihat soal masa.
“Bagi saya, anak-anak adalah keutamaan. Kita selalu kata wanita boleh buat banyak perkara pada satu masa, seolah-olah kita ini superwoman. Tetapi realitinya di rumah tetap kelam-kabut juga.
“Yang penting, apabila kita sudah ada komitmen dan percaya mampu berjaya dalam ketiga-tiga aspek kehidupan, kita akan cari masa. Kadang-kadang 30 minit bersama anak pada waktu pagi sebelum mereka ke sekolah pun sudah cukup, asalkan masa itu benar-benar berkualiti,” katanya.
Baginya, masa yang sedikit tidak semestinya kurang bermakna.
Kadangkala, duduk bersama anak selama beberapa minit, mendengar cerita mereka atau menemani mereka melakukan sesuatu sudah cukup untuk membuatkan anak merasakan kehadiran seorang ibu.
“Dalam keadaan begitu, kesempurnaan bukanlah perkara yang dikejar. Yang penting ialah berusaha memberikan yang terbaik dalam ruang dan kemampuan yang ada,” jelasnya.buka ruang ekonomi wanita.
Pengalaman sebagai wanita yang membina kerjaya turut membentuk pandangan Nooryana Najwa mengenai isu ekonomi wanita.
Menurutnya, semakin ramai wanita, khususnya di kawasan bandar, perlu mencari sumber pendapatan tambahan bagi membantu keluarga menghadapi kos sara hidup.
Ada yang bekerja sepenuh masa sambil menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Ada juga yang mempunyai kemahiran dan produk sendiri tetapi tidak mempunyai modal mencukupi atau sukar mendapatkan pasaran.
Justeru, bantuan kepada wanita tidak sepatutnya terhenti pada soal pembiayaan.
Mereka juga perlu diberikan akses kepada pasaran, teknologi, pengetahuan dan jaringan sokongan supaya usaha yang dimulakan dapat berkembang.
Pendekatan itu turut menjadi antara tumpuan dalam agenda ekonomi Puteri UMNO, khususnya usaha memperkukuh pemerkasaan ekonomi wanita muda melalui pembiayaan, teknologi dan peluang pasaran.
“Kadang-kadang ada modal tetapi tiada akses kepada pasaran. Ada juga yang tidak tahu peluang yang tersedia atau tidak mempunyai sistem sokongan.
“Sebab itu kita perlu bantu mereka dari segi pembiayaan, akses pasaran yang lebih besar dan bimbingan supaya mereka lebih yakin untuk melangkah,” katanya.
Namun, baginya, tidak semua perkara perlu dimulakan dengan besar, sebaliknya wanita yang mempunyai kemahiran atau idea boleh bermula secara kecil-kecilan.
“Perkembangan teknologi dan media sosial pula membuka ruang yang lebih luas untuk memperkenalkan produk tanpa memerlukan premis besar atau modal tinggi.
“Yang diperlukan ialah keberanian untuk mencuba dan kesediaan belajar apabila berdepan kesilapan,” ujarnya.
Belajar untuk tidak terburu-buru
Dalam kehidupan yang penuh dengan pelbagai tanggungjawab, Nooryana Najwa turut cuba menyediakan ruang untuk dirinya sendiri.
Gimnasium, berenang, tenis, pickleball dan tinju pernah menjadi sebahagian daripada rutin sebelum kelahiran anak bongsunya.
Baginya, menjaga diri bukan soal mementingkan diri sendiri tetapi satu cara untuk memastikan seseorang mempunyai tenaga dan ruang fikiran yang cukup untuk mengurus keluarga serta tanggungjawab lain.
Dalam masa sama, beliau mengakui sokongan di rumah amat penting.
“Dengan empat anak, tidak semua perkara boleh dilakukan seorang diri. Sokongan penjagaan di rumah memberi ruang kepada wanita untuk terus bekerja, membina kerjaya atau terlibat dalam aktiviti lain tanpa perlu mengorbankan keluarga sepenuhnya,” katanya.
Pengalaman itu juga membuatkan Nooryana Najwa melihat isu penjagaan anak sebagai perkara yang perlu diberi perhatian dalam usaha memperkukuh kedudukan wanita.
“Apabila urusan penjagaan terjamin, wanita mempunyai lebih banyak pilihan, sama ada untuk kembali bekerja, mengembangkan perniagaan atau meneruskan kerjaya.
“Di sebalik semua itu, ada satu perkara yang sentiasa kembali kepada kehidupan iaitu kesabaran.
“Sebagai ibu, saya belajar bersabar dengan kerenah anak-anak. Sebagai wanita yang bekerja, perlu belajar mengurus tekanan dan tuntutan masa. Dalam politik pula, perlu menerima tidak semua perkara akan berlaku mengikut kehendak sendiri,” katanya.
Daripada bapanya juga, beliau belajar supaya tidak membuat keputusan ketika sedang marah atau kecewa.
“Beri sedikit ruang untuk bertenang. Kemudian fikirkan semula.
“Nasihat yang mudah itu mungkin kelihatan biasa tetapi dalam kehidupan yang bergerak pantas, kemampuan untuk berhenti seketika sebelum bertindak bukan perkara kecil.
“Tidak semuanya sempurna. Ada hari yang sibuk, ada keputusan yang sukar dan ada ketika seseorang terpaksa mengakui dirinya memerlukan bantuan. Namun, langkah tetap diteruskan,” ujarnya.
Dengan pengalaman yang ada, Nooryana Najwa kini sedang membina jalannya sendiri.
Baginya, ada ketika langkah itu laju dan ada masanya perlu diperlahankan.
“Dalam kehidupan yang panjang, bukan kelajuan menjadi perkara paling penting tetapi kemampuan untuk terus berjalan, belajar daripada setiap persinggahan dan tahu bila perlu berhenti seketika.
Bagi anak muda, khususnya wanita yang sedang mencari arah, perjalanan seperti itu mengingatkan masa depan tidak semestinya perlu ditentukan semuanya dalam satu masa.
Nooryana Najwa Najib
• Umur: 38 tahun
• Keluarga: Ibu kepada empat anak
• Pendidikan:
• Sarjana Pentadbiran Awam (MPA), Harvard Kennedy
School,
Universiti Harvard
• Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), Wharton School, University of Pennsylvania.
• Sarjana Muda Politik Antarabangsa dan Dasar Luar Negara, Georgetown University.
• Pengalaman kerjaya: Pernah berkhidmat di TPG di London dan Hong Kong serta Cradle Fund.
• Jawatan korporat: Ahli Lembaga Pengarah MATRADE dan RISDA Ventures.
• Penglibatan politik: Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai.
• Hobi: Membaca buku sejarah dan politik antarabangsa, beriadah serta bermain piano dan biola.
The post Sabar menemani setiap langkah appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia08:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.