Malaysian Attention Engine
Live wire
52General : Malay Rulers Urge Outsiders Not To Politicise Negeri Sembilan Throne Dispute52Raja-Raja Melayu gesa pihak luar tidak campuri krisis takhta Negeri Sembilan43General : Tuanku Muhriz: Royal Succession Disputes Must Follow Adat, Law41General : High Court Dismisses Najib's Bid To Stay 1MDB Jail Sentence, RM11.4 Billion Fine39BM pass not compulsory for UEC holders: Sagah39Tuan Ibrahim: Scrap RM15k haj savings rule, don't burden aspiring pilgrims38Saudi Aramco administrative building attacked, limited fire reported38Bersatu sedia sokong Amirudin, mahu peranan dalam pentadbiran Selangor37Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching37Lelaki diculik, diseksa dan dibunuh akibat perselisihan faham36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi35DayOne secures additional RM15b financing for Johor data centre expansion
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Saman fitnah Rita Rudaini: Dua pemimpin MUAFAKAT MRSM kemuka 22 kenyataan dipertikai

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 17:56 MYTLatest activity 14 Oct, 17:56BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin MUAFAKAT Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar (Ulul Albab) memulakan usaha membuktikan dakwaan fitnah terhadap pelakon Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar berhubung 22 kenyataan yang didakwa menjejaskan reputasi mereka.Perbicaraan penuh saman itu bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini, Rabu, dengan pihak plaintif dijangka mengemukakan keterangan berhubung penerbitan hantaran di Instagram dan WhatsApp serta kenyataan yang kemudiannya dilaporkan media.Saman berkenaan difailkan oleh Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor selaku plaintif pertama dan Dr Saidah Haris @ (Sinar Harian, 17:56)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Saman fitnah Rita Rudaini: Dua pemimpin MUAFAKAT MRSM kemuka 22 kenyataan dipertikai

By WARTAWAN SINAR HARIAN · 14 Oct, 17:56 MYT

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin MUAFAKAT Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar (Ulul Albab) memulakan usaha membuktikan dakwaan fitnah terhadap pelakon Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar berhubung 22 kenyataan yang didakwa menjejaskan reputasi mereka.Perbicaraan penuh saman itu bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini, Rabu, dengan pihak plaintif dijangka mengemukakan keterangan berhubung penerbitan hantaran di Instagram dan WhatsApp serta kenyataan yang kemudiannya dilaporkan media.Saman berkenaan difailkan oleh Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor selaku plaintif pertama dan Dr Saidah Haris @ Harith selaku plaintif kedua, manakala Rita ialah defendan dalam tindakan berkenaan.Menurut Pernyataan Tuntutan, 22 kenyataan yang dipertikaikan itu didakwa mengandungi perkataan dan gambaran yang memfitnah kedua-dua plaintif, khususnya berkaitan kepimpinan MUAFAKAT, integriti pentadbiran, profesionalisme serta kredibiliti mereka.Antara ungkapan yang dipertikaikan ialah "narcisis", "psychopath", "saiko", "gila jawatan" dan "mental", yang menurut plaintif bukan sekadar kritikan terhadap pengurusan persatuan, sebaliknya didakwa menyerang peribadi serta menjatuhkan maruah mereka.Mohd Roslan mendakwa kenyataan berkenaan turut memberi kesan terhadap reputasinya sebagai pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Setiausaha Persatuan Ulama’ Malaysia dan Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR)."Kenyataan yang dibuat terhadap saya sangat teruk. Ia bukan sahaja menyentuh kedudukan saya dalam MUAFAKAT, tetapi turut memberi kesan kepada imej saya sebagai seorang pensyarah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, sebagai Setiausaha Persatuan Ulama’ Malaysia dan sebagai presiden sebuah NGO, Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR)," katanya.Beliau mendakwa kenyataan yang dipertikaikan itu menggambarkannya sebagai individu yang mempunyai sifat negatif serta pemimpin yang gagal melaksanakan tanggungjawab dalam MUAFAKAT MRSM Sungai Besar.Sementara itu, Saidah mendakwa kenyataan berkaitan dirinya membawa gambaran bahawa beliau mempunyai niat buruk, penuh kebencian dan iri hati, bersikap talam dua muka serta tidak bijak membuat keputusan.Saidah yang merupakan pensyarah akademik di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh turut mempertikaikan dakwaan yang menurutnya menjejaskan imej profesional dan kredibilitinya.Kedua-dua plaintif turut menegaskan bahawa dakwaan mengenai kegagalan kepimpinan MUAFAKAT menjalankan tanggungjawab perlu dinilai berdasarkan rekod aktiviti serta program yang dilaksanakan sepanjang 2025.Menurut Pernyataan Tuntutan, program berkenaan merangkumi pembentangan laporan kewangan, perbincangan Tabung Infaq, cadangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), program motivasi akademik, aktiviti hafazan al-Quran dan sesi dialog bersama ibu bapa.Mereka turut mendakwa defendan menerbitkan kenyataan berkenaan dengan niat jahat, secara melulu dan tanpa asas bukti yang kukuh, selain tidak mendapatkan pengesahan daripada mereka terlebih dahulu sebelum penerbitan dibuat.Bagaimanapun, dakwaan berkenaan masih perlu dinilai berdasarkan keterangan, dokumen dan hujahan pihak-pihak sepanjang perbicaraan.Dalam saman itu, plaintif memohon antaranya perintah injunksi, pemadaman kenyataan yang dipertikaikan serta permohonan maaf secara bertulis dan video yang disiarkan di media sosial selama tiga bulan.Mereka turut menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi pengajaran secara berasingan.Perbicaraan dijadual berlangsung selama sembilan hari, iaitu pada 14 hingga 16 Oktober, 2 November, 4 hingga 6 November serta 11 dan 12 November 2026.Pihak plaintif dijangka memanggil tiga saksi sepina, manakala pihak defendan dijangka mengemukakan tiga saksi.Mahkamah akan menilai keterangan dan hujahan kedua-dua pihak sebelum menentukan sama ada kenyataan yang dipertikaikan memenuhi unsur fitnah di sisi undang-undang, sama ada pembelaan yang dikemukakan mempunyai merit serta sama ada plaintif berhak memperoleh relif yang dituntut.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow19:00
Latest 19:32 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
14 Oct, 17:56 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    17:56

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.