Malaysian Attention Engine
Live wire
49General : Selangor Sultan Launches Commemorative Items For Silver Jubilee46Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor44Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan4313 lelaki ditahan baling bom petrol di penempatan Rohingya41General : KPDN Proposes Diesel Subsidy For Kudat-Pulau Banggi Ferry Operators41"Kalau orang tuduh saya munafik, saya balik demam terus" - Speaker39Govt ordered to return 497.82 bitcoin to 9 cheated in scheme37Saman fitnah: Dr Akmal diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Teresa Kok37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36Consider shutting down pig farms nationwide: Wan Saiful36Papagomo bebas, AGC sekali lagi mahu fail rayuan36Mahasiswa UM pertahan kenyataan isu derma Najib perkara ‘paling bodoh’
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Sasar 50 peratus lebuh raya dilengkapi teknologi pintar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 17:24 MYTLatest activity 19 Oct, 17:24BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 34 lebuh raya di seluruh negara dilengkapi teknologi Lebuh Raya Pintar. (Kosmo!, 17:24)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Sasar 50 peratus lebuh raya dilengkapi teknologi pintar

By KOSMO! · 19 Oct, 17:24 MYT

PETALING JAYA – Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 34 lebuh raya di seluruh negara dilengkapi teknologi Lebuh Raya Pintar.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sasaran tersebut mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperluas penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan sistem pengangkutan pintar di negara ini.

“(Ia) bagi melancarkan aliran trafik serta meningkatkan pengalaman perjalanan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau berucap pada Sesi Meja Bulat Peringkat Tinggi sempena Kongres Dunia Sistem Pengangkutan Pintar (ITS World Congress) 2026 di Gangneung, Korea Selatan, hari ini.

Menurut beliau, inisiatif Lebuh Raya Pintar merangkumi penggunaan televisyen litar tertutup (CCTV) pintar, sistem pengesanan dan amaran awal insiden berisiko tinggi termasuk kemalangan, pencahayaan berasaskan tenaga solar serta aplikasi mobiliti digital.

Katanya, inisiatif itu turut melibatkan penyediaan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) dan pembangunan Pusat Pengurusan Trafik Pintar Kebangsaan (NITMC).

Dalam perkembangan berkaitan, Alexander berkata, kerajaan turut memberi tumpuan kepada pelaksanaan Sistem Kutipan Tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang membolehkan kenderaan melalui lokasi kutipan tol tanpa perlu berhenti di palang.

“Kerajaan mengambil pendekatan terancang dan berhati-hati dengan memberikan ruang kepada syarikat konsesi serta rakan industri untuk memperhalusi model pelaksanaan secara Business-to-Business (B2B) di bawah kawal selia Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya.

Katanya, pendekatan itu mengambil kira aspek daya maju teknologi dan komersial, kebolehoperasian antara sistem, integrasi pembayaran, keselamatan data serta keperluan perundangan dan penguatkuasaan.

“Kerajaan juga memberi perhatian kepada perlindungan kepentingan pengguna, dengan persediaan teknikal, operasi dan kerangka undang-undang sedang dimuktamadkan,” jelasnya.

Beliau berkata, penggunaan AI turut menyokong pengecaman kenderaan, pemprosesan maklumat dan pengurusan transaksi apabila sistem MLFF dilaksanakan kelak.

Selain itu, beliau menambah, perkhidmatan MYJalan 2.0 akan diperkasakan melalui fungsi penukaran pertuturan kepada teks berasaskan AI, pemantauan status aduan serta integrasi maklumat merentas agensi.

Usaha itu selaras dengan pendekatan No Wrong Door KKR bagi memastikan aduan pengguna dapat diuruskan dengan lebih berkesan.

“Kesemua inisiatif ini mendukung Pelan Hala Tuju ITS Malaysia 2030 berteraskan aspirasi ‘ITS untuk Semua’,” katanya.

Dalam pada itu, Alexander turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Timbalan Menteri Kedua Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Republik Korea, Jeong Eui-kyung dalam memperkukuh kerjasama pembangunan infrastruktur, teknologi pembinaan dan sistem pengangkutan pintar.

Menurut Alexander, Malaysia berhasrat memperluas kerjasama itu melalui Memorandum Persefahaman (MoU) bagi tempoh lima tahun. – KOSMO! ONLINE

The post Sasar 50 peratus lebuh raya dilengkapi teknologi pintar appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow18:00
Latest 18:10 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
19 Oct, 17:24 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    17:24

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.