
Selepas harimau, gajah liar takutkan pekebun di pinggir Ipoh
Only social or community posts, or a single source.
What happened
IPOH: Sekumpulan pekebun di Bukit Bangkong di sini ketakutan hendak menjenguk tanaman buah-buahan yang mereka usahakan susulan serangan gajah liar di kebun mereka sejak dua minggu lalu. (Utusan Malaysia, 14:25)
Read the reporting
1 report
Selepas harimau, gajah liar takutkan pekebun di pinggir Ipoh
IPOH: Sekumpulan pekebun di Bukit Bangkong di sini ketakutan hendak menjenguk tanaman buah-buahan yang mereka usahakan susulan serangan gajah liar di kebun mereka sejak dua minggu lalu.
Menurut mereka, kejadian kacau ganggu sekawan gajah itu telah menyebabkan peralatan kebun rosak seperti tong tadahan air, baja selain pokok tanaman ranap dipijak haiwan tersebut.
Menurut wakil pekebun, Abdul Rahim Ahmad, 65, seramai 12 pekebun terjejas melibatkan keluasan 9.7 hektar yang mengalami pelbagai jenis kerosakan.
Katanya, kejadian serangan gajah yang berlaku pada September lalu lalu adalah kali pertama terjadi sejak mereka mengusahakan kawasan tersebut pada 2018.
“Sejak itu kami agak takut hendak turun ke kebun. Kadangkala kalau ada teman pekebun lain hendak ke kebun, baru saya atau yang lain-lain akan turut serta,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Abdul Rahim merayu agar pihak berkuasa membantu mereka memandangkan kebanyakkan daripada pekebun merupakan golongan pencen yang mencari pendapatan menerusi hasil tanaman.
“Kami telah berbelanja tinggi untuk membangunkan kawasan ini termasuk membeli peralatan pertanian. Kini kesemuanya telah musnah,” katanya.
Beliau sebelum itu bersama rakan-rakan pekebun lain membawa pemberita untuk meninjau kebun mereka yang telah rosak.
Jelasnya, kehadiran gajah bukan merupakan kemunculan pertama haiwan liar, sebaliknya mereka semua sebelum ini turut ditimpa ketakutan akibat penampakan harimau. – UTUSAN
The post Selepas harimau, gajah liar takutkan pekebun di pinggir Ipoh appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia14:25
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.