Malaysian Attention Engine
Live wire
5112 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat50General : MediAsas plan To Offer Financial, Health Safety Net To Malaysia's M40 -- Dzulkefly46Sport : World Junior C'ships: Zi Yu-Genevie Capture Girls' Doubles Title To End Country's 34-Year Wait45Civil marriage solemnisation does not usurp role of religious leaders, says JPN40Koperal polis parah ditetak suspek ketika operasi antidadah39Graduate pay must reflect skills, not location, says Ramanan37Liga Super: Selangor FC terus mengganas, lonjak di kedudukan kedua | Sinar Harian36Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda36General : Sahabat MADANI Selangor To Boost Youth Participation In Community Service - Tengku Zafrul35Baby’s body found in Kuala Berang drain missing head and hand, police investigating34FAM bakal terima RM102 juta daripada FIFA34Percepatkan projek tebatan, elak banjir berulang
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

‘Seni tanpa jiwa ibarat hasil seni AI’ – Artober pentas penggiat seni luah rasa

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 10:00 MYTLatest activity 18 Oct, 10:00BMconfidence 60%

What happened

SETELAH melakukan kajian terhadap lokasi, Najib Ahmad Bamadhaj menghabiskan kira-kira tiga jam untuk merakam gambar taman Claude Monet di Giverny, Perancis yang menjadi sumber inspirasi kepada siri The Promised Garden. Kemudian, dia pulang ke tanah air untuk menghasilkan lukisan berdasarkan pemerhatiannya. (Kosmo!, 10:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·5 min read

‘Seni tanpa jiwa ibarat hasil seni AI’ – Artober pentas penggiat seni luah rasa

By SITI SARAH NURUL LIYANA · 18 Oct, 10:00 MYT

SETELAH melakukan kajian terhadap lokasi, Najib Ahmad Bamadhaj menghabiskan kira-kira tiga jam untuk merakam gambar taman Claude Monet di Giverny, Perancis yang menjadi sumber inspirasi kepada siri The Promised Garden. Kemudian, dia pulang ke tanah air untuk menghasilkan lukisan berdasarkan pemerhatiannya.

Bagi pengkarya dari Johor itu, proses kreatif bukan sekadar memindahkan pemandangan ke atas kanvas, sebaliknya turut melibatkan penyelidikan dan tafsiran peribadi terhadap subjek dipilih.

Menerusi siri The Promised Garden, dia menyelitkan rama-rama keemasan menggunakan helaian emas (gold leaf) sebagai simbol pengkarya seni yang mungkin rapuh, tetapi tetap mempunyai visi dan impian.

Kilauan emas itu turut membawa makna yang lebih mendalam, iaitu kecenderungan masyarakat mengagumi keindahan dan kejayaan tanpa menyedari perjuangan serta kesukaran dilalui untuk mencapainya.

Proses penghasilan karya yang melibatkan penelitian, pemikiran dan tafsiran peribadi itu memperlihatkan bahawa nilai seni bukan sekadar terletak pada hasil visual, tetapi pada usaha dan sentuhan manusia di sebaliknya.

Hal ini menjadikan seni konvensional semakin relevan dalam dunia seni yang kini dipengaruhi kecerdasan buatan (AI). Teknologi itu mampu menjana imej dalam beberapa saat, namun tidak semestinya mencerminkan pemikiran, proses kreatif dan makna di sebalik sesebuah karya.

Menurut Najib, latar belakang pengajiannya dalam seni lukisan mendorongnya menggabungkan teknik cetakan dalam penghasilan lukisan pada kanvas sehingga karyanya disangka sebagai hasil cetakan.

“Saya melakukan penyelidikan terlebih dahulu. Jika tidak, saya tidak tahu apa yang perlu dirakam. Segala-galanya perlu dilakukan dengan memahami konteksnya.

“Seni tanpa jiwa ibarat seni hasil AI. Kebiasaannya, orang tidak memahami cara untuk mentafsir sesebuah karya seni.

“Mereka hanya mahu melihat keindahannya tanpa mahu mengetahui atau lalui proses panjang di sebalik sesebuah karya tersebut.

“Jadi, menerusi siri The Promised Garden, saya mengetengahkan keindahan di sebalik perjuangan hidup yang mungkin jarang dilihat oleh orang lain,” katanya kepada CitaRasa.

Najib ditemu bual bersama artis visual Fawwaz Sukri dan jurugambar Eiffel Chong yang turut menyertai CIMB Artober 2026 di Ombak KLCC, Kuala Lumpur yang berlangsung dari 28 Oktober hingga 1 November ini.

Pada edisi kali ini, CIMB Artober menghimpunkan lebih 20 galeri seni yang menampilkan pelbagai karya daripada penggiat seni tempatan dan antarabangsa.

Selain itu, CIMB Artober 2026 turut menampilkan pelbagai program sampingan, termasuk sesi bual bicara mengenai seni, warisan dan budaya serta empat sesi podcast menerusi kerjasama dengan The Art of Business and The Business of Arts.

Acara itu turut bekerjasama dengan PEN Malaysia (Persatuan Penulis Nasional Malaysia) bagi mengadakan sesi bacaan karya sastera oleh penulis tempatan.

Program lain termasuk persembahan orkestra serta tayangan dokumentari mengenai Tun Abdul Razak.

Pavilion Pahang turut kembali dengan menampilkan fabrik tenun, manakala lelongan karya seni amal anjuran Mercy Malaysia akan diadakan bagi menyokong usaha kemanusiaan.

FAWWAZ menggunakan seni konvensional sebagai ruang untuk menyampaikan kritikan.

Cabaran dalam dunia seni yang semakin dipengaruhi teknologi digital dan AI turut dirasai oleh Eiffel apabila kegiatan fotografi semakin mudah dilakukan.

Namun, jurugambar berasal dari Kuala Lumpur itu menegaskan bahawa bidang diminatinya menuntut ketajaman penglihatan dan pemikiran untuk mengenal pasti serta merakam perkara yang mungkin terlepas daripada perhatian orang lain.

Secara peribadi, Eiffel gemar mengunjungi tempat yang tidak dibuka kepada orang awam, termasuk bangunan terbiar, hospital dan kilang, bagi mencari ilham serta merakam sisi persekitaran jarang dilihat orang lain.

Dalam konteks CIMB Artober 2026, Eiffel bekerjasama dengan Rovski Sdn. Bhd. menerusi Rovski Art Initiative, sebuah inisiatif yang menghubungkan dunia seni dengan industri.

“Menerusi kerjasama dengan Rovski, saya berpeluang meneroka bahagian penyelidikan dan pembangunan syarikat itu, termasuk mengumpulkan kepingan logam terpakai yang digunakan dalam eksperimen bahan pengedap untuk industri automotif.

“Walaupun kepingan logam dianggap sisa selepas eksperimen selesai, namun saya melihat keunikan pada warna, kesan penanda dan catatan tulisan tangan pada permukaannya.

“Saya mengumpulkan ratusan kepingan tersebut, sebelum menyusunnya sebagai sebuah karya seni dan menghasilkan cetakan fotografi bersaiz besar.

“Pendekatan ini turut membuka perspektif baharu kepada kakitangan syarikat berkenaan apabila mereka mula melihat nilai estetik pada bahan yang sebelum ini dianggap tidak lagi berguna.

“Bagi saya, sesuatu yang kelihatan biasa boleh menjadi menarik apabila dilihat dari sudut pandangan berbeza. Itulah keunikan seni fotografi,” katanya.

Dalam pada itu, Fawwaz berkata, seni konvensional memberinya ruang untuk menyampaikan kritikan sosial dan politik secara halus serta intelektual menerusi pendekatan visual kreatif, tanpa perlu bergantung pada provokasi atau ekspresi keterlaluan.

Dari kiri: Eiffel, Fawwaz, Najib dan Ismail merupakan individu penting yang menjayakan CIMB Artober 2026 pada 28 Oktober hingga 1 November ini.

Menerusi Invasion Series yang bakal dipamerkan di CIMB Artober 2026, artis kelahiran Selangor itu menggabungkan imej kartun popular Amerika Syarikat (AS) dengan unsur seni miniatur Parsi bagi menggambarkan pertembungan budaya serta konflik di Asia Barat.

“Bagi saya, poster propaganda itu mewakili ideologi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai sejarahnya sendiri.

“Jadi, saya cuba menggabungkan dua sejarah, iaitu Timur dan Barat yang saling bertembung dalam satu kanvas.

“Dalam Invasion Series, saya menggunakan kartun AS seperti Sesame Street, Futurama dan The Simpsons kerana kartun ini dikenali di seluruh dunia.

“Di sebalik penggunaan watak kartun popular yang dekat dengan dunia hiburan, saya membawa isu lebih berat berkaitan pertembungan budaya, ideologi dan konflik geopolitik.

“Pendekatan ini mewujudkan kontras antara imej visual yang kelihatan ringan dengan mesej lebih serius, sekali gus membuka ruang kepada tafsiran satira,” katanya.

Sementara itu, Ketua Serantau Acara Korporat Kumpulan CIMB, Ismail Ani Arope berkata, Artober penting untuk mencetuskan rasa ingin tahu masyarakat terhadap warisan budaya serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara warisan budaya bagi generasi akan datang.

Selain itu, masyarakat berpeluang menghayati seni dari sudut pemikiran dan memahami cara pengkarya menterjemahkan pandangan serta kritikan mereka melalui bahasa visual.

“Karya mereka tidak terlalu literal, sebaliknya mempunyai elemen intelektual yang kuat.

“Seni membolehkan pengkarya meluahkan rasa tidak puas hati dan menyampaikan pandangan secara jujur tanpa perlu menggunakan pendekatan yang keterlaluan.

“Pengkarya yang bijak dan mempunyai pemikiran intelektual mampu menyampaikan mesej dengan cara sedemikian, sekali gus memperlihatkan kedalaman pemikiran di sebalik karya mereka,” katanya.

The post ‘Seni tanpa jiwa ibarat hasil seni AI’ – Artober pentas penggiat seni luah rasa appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 10:34 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
18 Oct, 10:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    10:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.