Malaysian Attention Engine
Live wire
NewConfirmedupdated 46 min ago

Shah Firdaus luah perasaan, kenang pengorbanan Beasley

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 10:29 MYTLatest activity 19 Oct, 10:41BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Pelumba trek negara, Shah Firdaus Sahrom menyifatkan pemergian pengarah teknikal skuad berbasikal, John Beasley yang bakal meninggalkan kem negara pada 31 Januari 2027 sebagai kehilangan cukup bermakna dalam perjalanan kariernya. (Berita Harian, 10:29)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Shah Firdaus luah perasaan, kenang pengorbanan Beasley

By Amirul Fazli Zulkafli · 19 Oct, 10:29 MYT

KUALA LUMPUR: Pelumba trek negara, Shah Firdaus Sahrom menyifatkan pemergian pengarah teknikal skuad berbasikal, John Beasley yang bakal meninggalkan kem negara pada 31 Januari 2027 sebagai kehilangan cukup bermakna dalam perjalanan kariernya.

Bagi Shah, dia mengakui sukar untuk menggambarkan dengan kata-kata betapa besar makna perjalanan yang dilaluinya bersama jurulatih dari Australia itu, terutama selepas mereka mengharungi pelbagai pengalaman sepanjang berada dalam skuad negara.

Katanya, dia sudah bersama Beasley sejak berusia 19 tahun dan sepanjang tempoh itu, banyak perkara dipelajari bukan sahaja dalam aspek perlumbaan, malah turut membentuk dirinya sebagai seorang individu.

"John, terima kasih atas segala kerja keras, komitmen dan pengorbanan yang anda curahkan selama ini. Anda bukan sekadar membentuk saya sebagai pelumba, malah turut membantu membentuk diri saya seperti hari ini," katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Selain itu, pelumba berusia 30 tahun itu turut menghargai kepercayaan dan sokongan berterusan daripada jurulatihnya itu, termasuk ketika dirinya melalui tempoh pemulihan paling mencabar selepas menjalani pembedahan.

Malah, dia tidak akan melupakan pengorbanan Beasley yang sanggup menunggunya ketika berada di bilik pembedahan, sekali gus menggambarkan hubungan mereka yang lebih daripada sekadar pelumba dan jurulatih.

"Kita sudah bersama-sama merasai detik paling manis, berdiri di podium tertinggi, dan juga melalui saat paling sukar. Terima kasih kerana terus berada di sisi saya ketika saya melalui tempoh pemulihan yang paling mencabar," katanya.

Dalam masa sama, Shah mengakui sebahagian daripada dirinya berharap Beasley dapat terus bersama skuad negara lebih lama, namun dia tetap mendoakan kebahagiaan dan kejayaan buat jurulatih itu serta Vicki (isteri Beasley) dalam memulakan lembaran baharu.

Shah turut menegaskan Malaysia akan sentiasa menjadi rumah buat Beasley dan pintu untuk kembali ke negara ini sentiasa terbuka, bukan sekadar sebagai jurulatih, tetapi sebagai keluarga serta sebahagian daripada sukan berbasikal Malaysia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow
Latest 10:45 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 10:29 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    10:29

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Nama Beasley akan terpahat di hati selamanya - Shah Firdaus
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.