
Letupan, kebakaran di pangkalan tentera Kanada ragut beberapa nyawa
Only social or community posts, or a single source.
What happened
WASHINGTON: Letupan dan kebakaran besar dilaporkan berlaku di pangkalan tentera Kanada di Alberta, mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan, manakala angin kencang menyebabkan api merebak ke luar kawasan pangkalan, lapor Anadolu Ajansi. (Berita Harian, 12:07)
Read the reporting
1 report
Letupan, kebakaran di pangkalan tentera Kanada ragut beberapa nyawa
WASHINGTON: Letupan dan kebakaran besar dilaporkan berlaku di pangkalan tentera Kanada di Alberta, mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan, manakala angin kencang menyebabkan api merebak ke luar kawasan pangkalan, lapor Anadolu Ajansi.
Menteri Pertahanan, David McGuinty, mengesahkan kejadian itu mengakibatkan kematian dan kecederaan, namun tidak mendedahkan jumlah mangsa.
"Saya dukacita memaklumkan bahawa terdapat kematian dan kecederaan akibat insiden di pangkalan itu," katanya kepada pemberita.
Beliau merujuk kepada Pangkalan Angkatan Tentera Kanada Wainwright, yang terletak di timur Edmonton, ibu negeri Alberta.
McGuinty turut tidak mendedahkan keadaan sebenar yang mencetuskan kejadian itu, termasuk sama ada letupan membabitkan senjata atau peluru, sambil menyifatkan situasi berkenaan sebagai "masih berlaku dan sensitif".
Beliau berkata, Polis Berkuda Diraja Kanada (RCMP) sedang menjalankan siasatan, manakala Angkatan Tentera Kanada serta pihak berkuasa persekutuan, wilayah dan perbandaran menyelaraskan tindakan susulan.
Sebelum itu, Perdana Menteri, Mark Carney, menyifatkan kejadian berkenaan sebagai serius dan mengesahkan ia mencetuskan kebakaran besar di pangkalan itu.
"Ingatan dan doa kami bersama semua anggota tentera yang terjejas," tulisnya menerusi platform media sosial Facebook, sambil memaklumkan pihak berkuasa persekutuan bekerjasama rapat dengan pegawai wilayah dan tempatan.
Daerah Perbandaran Wainwright, memaklumkan angin kencang menyebabkan api merebak melepasi kawasan sempadan pangkalan, sekali gus mendorong pasukan kecemasan dari beberapa bidang kuasa dikerahkan ke lokasi.
Pihak berkuasa tempatan, menerusi media sosial memaklumkan kebakaran merebak melepasi pagar pangkalan ke daerah berhampiran, namun tiada arahan pemindahan dikeluarkan setakat ini.
Komuniti berhampiran Wainwright turut menyediakan bantuan hospital dan memadam kebakaran, manakala pihak berkuasa memantau rapi keadaan di lokasi.
Pangkalan itu terletak kira-kira 200 kilometer di tenggara Edmonton dan antara kemudahan latihan ketenteraan paling sibuk di Kanada.
Pangkalan itu menempatkan 1,310 anggota tentera dan kakitangan awam setakat 2021, menurut data banci.
Wainwright yang mempunyai kira-kira 6,600 penduduk terletak di utara pangkalan itu.
Ketua Turus Pertahanan Kanada, Jeneral Jennie Carignan, berkata Angkatan Tentera Kanada bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa Persekutuan, wilayah dan tempatan.
"Keutamaan kami kekal pada kebajikan anggota, keluarga mereka dan komuniti setempat," katanya menerusi media sosial. - AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.