
Shahrol Shiro nafi lantikan UKM ada kaitan politik
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Pelawak, Shahrol Shiro, menafikan pelantikannya sebagai pengajar sambilan kursus Citra Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi 2026/2027 mempunyai kaitan dengan pengaruh politik. (Berita Harian, 09:05)
Read the reporting
1 report
Shahrol Shiro nafi lantikan UKM ada kaitan politik
KUALA LUMPUR: Pelawak, Shahrol Shiro, menafikan pelantikannya sebagai pengajar sambilan kursus Citra Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi 2026/2027 mempunyai kaitan dengan pengaruh politik.
Sebaliknya Shahrol menegaskan peluang itu tercetus daripada perbincangan mengenai potensi seni komedi dalam kalangan mahasiswa.
Shahrol atau nama sebenarnya, Shahrol Azizie Azmi, 42, berkata, idea berkenaan timbul selepas pertemuannya dengan Prof Dr Norinsan Kamil Othman yang membincangkan kepelbagaian kursus Citra ditawarkan UKM.
"Saya sendiri tidak pasti dari mana datangnya persepsi itu kerana memang tidak ada kena-mengena langsung dengan politik.
"Mungkin sebab saya terbabit dengan dunia dan jenama politik, individu yang tidak berpuas hati berkaitan politik secara tidak langsung akan rasa tidak suka dengan apa yang saya lakukan," katanya kepada BH Online.
Shahrol berkata, pengalamannya menjayakan Temasya Komedi Rakyat di Kuantan, Pahang, mendorong beliau membawa program itu ke beberapa institusi pengajian tinggi, termasuk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Katanya, beliau kemudian mencadangkan supaya komedi diperkenalkan sebagai kursus Citra kerana UKM pernah mempunyai hubungan dengan perkembangan seni berkenaan.
Shahrol turut menjelaskan bahawa tugasnya sebagai pengajar sambilan berbeza daripada tanggungjawab pensyarah yang memerlukan kelayakan akademik tertentu.
Menurutnya, pengalaman industri juga mempunyai nilai tersendiri dalam pembelajaran, terutama bagi kursus yang menumpukan latihan amali dan praktikal.
"Saya ini tenaga pengajar. Dalam bidang tertentu, tidak semestinya perlu daripada latar belakang akademik kerana orang industri yang mempunyai pengalaman di lapangan juga boleh.
"Kita tidak sepatutnya merendahkan orang yang mempunyai banyak pengalaman di luar," katanya.
Mengulas kecaman diterima, Shahrol berkata, beliau tidak terkilan kerana polemik itu membuka ruang kepada masyarakat memahami kepelbagaian kursus Citra serta perbezaan peranan tenaga pengajar, pensyarah dan profesor.
"Kalau tidak berlaku isu ini, orang tidak akan pandang apa itu Citra dan perkara yang ada dalam UKM. Orang juga tidak faham perbezaan antara tenaga pengajar, pensyarah dan profesor yang semuanya dikaitkan dengan kelayakan.
"Saya fikir perkara baharu pasti ada persoalan. Tetapi janganlah melebih-lebih sangat. Kalau mahu berdebat, nyatakan dengan hujah supaya kita semua boleh belajar," katanya.
Beliau mengakui turut membaca komen netizen di media sosial dan menyifatkan kritikan sebagai lumrah apabila seseorang mengemukakan pandangan atau melakukan sesuatu yang baharu.
Shahrol berharap penjelasannya dapat merungkai kekeliruan berhubung pelantikan itu, sekali gus membolehkannya menumpukan perhatian kepada tanggungjawab berkongsi pengalaman dengan mahasiswa.
"Saya cuma mahu jalankan tanggungjawab yang diberi dan berkongsi pengalaman dalam bidang yang saya ceburi dengan mahasiswa.
"Saya percaya universiti membawa ilmu akademik, manakala orang industri membawa pengalaman di lapangan. Apabila kedua-duanya bertemu, insya-Allah ia boleh memberi manfaat kepada mahasiswa," katanya.
Sebelum ini, UKM menjelaskan Shahrol dilantik sebagai pengajar sambilan bagi Kelas Seni Lakon di bawah Fakulti Pengajian Sains Citra (FPSC), dengan pengkhususan dalam bidang komedi berdiri atau stand-up comedy. Skop tugasnya membabitkan latihan amali dan praktikal tanpa mengendalikan kuliah.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian09:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.