Malaysian Attention Engine
Live wire
46Bayern berdepan Arsenal tanpa Olise40General : PN Deregistration Proves PAS' Failure To Manage Coalition - Azmin36Kedai bundle simpan 3,383 paket minyak masak subsidi diserbu35Malaysia de-registers main opposition bloc Perikatan Nasional as elections loom34FIFA gantung tiga anggota skuad Mesir susulan insiden perlawanan Piala Dunia33Petronas - PETRONAS and Petrovietnam Strengthen...31Politics : PN Deregistered - RoS30Prabakaran cadang penjara wajib pesalah binasa rumah ibadat29World : Malaysia-Thailand Defence Ties Key To Border Security, Regional Stability – Wan Zaidi29General : KPKT Allocates RM154 Million To Upgrade Public Toilets Nationwide28General : Proposal To Extend Anti-bullying Tribunal To University Students Needs Cabinet Review - Azalina28PM bincang bantuan keluarga 54 rakyat Malaysia hilang di Kabinet Jumaat ini
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Siang jaga stesen, malam buat kek

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 22:23 MYTLatest activity 20 Oct, 22:23BMconfidence 60%

What happened

Siang jaga stesen, malam buat kek (Harian Metro, 22:23)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Siang jaga stesen, malam buat kek

By Redzuan Muharam · 20 Oct, 22:23 MYT

redzuan.muharam@hmetro.com.my

Jempol: Biarpun menyarung seragam anggota beruniform, Shariman Masaudee ada kelebihannya kerana mempunyai 'tangan berseni' menerusi kemahiran membuat kek.

Kelebihan yang ada itu tidak disia-siakan kerana dimanfaatkan untuk mencari pendapatan sampingan dengan mengambil tempahan kek hujan panas.

Shariman, 30, berkata, percubaannya berhasil kerana semakin mendapat banyak permintaan daripada pelanggan terutama selepas dia berkongsi video hasil kerjanya di media sosial.

Menceritakan kisahnya, Shariman yang bertugas sebagai polis bantuan di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Gemas, Negeri Sembilan berkata, perjalanannya dalam dunia bakeri bermula pada 2019 dengan niat asalnya untuk mengisi masa terluang.

"Saya tidak tahu membuat kek tapi belajar selepas menimba pengalaman bekerja di kedai bakeri ibu saudara selama dua tahun.

"Permulaannya buat roti sarang lebah dan ambil masa setahun juga untuk mahir tapi beralih kepada kek selepas terima tempahan daripada kawan untuk buat kek kahwin bagi majlis perkahwinannya.

"Sejak itu, saya mula dapat tempahan kek dengan ada antaranya tahu menerusi hebahan mulut ke mulut.

"Cuma sekarang tak ambil sangat tempahan kek kahwin kerana fokus dengan kek hujan panas yang semakin mendapat permintaan sejak awal tahun ini," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shariman, rutin membuat kek bermula jam 3 petang iaitu selepas pulang ke rumah.

Katanya, dia menyiapkan tempahan sendiri dan ada kalanya berada di dapur sehingga jam 2 pagi.

"Setakat ini, saya dapat bahagikan masa dengan baik dan waktu bekerja, saya fokus buat kerja.

"Di rumah, saya pembuat kek jadi cuba sehabis baik untuk siapkan tempahan pelanggan.

"Bilangan tempahan tak menentu tapi tak putus kerana ada saja... tempahan paling banyak pernah diterima adalah 150 kek untuk satu malam.

"Maklum balas pelanggan positif kerana rata-ratanya berpuas hati. Cuma biasalah, pelanggan ada bermacam ragam... pernah satu hari, pelanggan datang nak ambil kek tapi bukan salah saya kerana dia yang salah tarikh," katanya.

Biarpun sudah tujuh tahun dalam dunia bakeri, Shariman berkata, dia masih menambah ilmu dengan mengikuti kelas pembuatan kek secara dalam talian.

"Saya tak boleh berada di zon selesa jadi kena belajar ilmu baru kerana tak rugi pun.

"Buat masa ini, saya belum terfikir nak berhenti malah perancangan saya adalah membuka kilang atau bengkel pembuatan kek.

"Impian ke arah itu kerana bulan Ramadan, saya bekalkan kuih raya jadi bila adanya kilang, saya dapat beri peluang kerja kepada mereka yang nak cari duit tambahan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow23:00
Latest 23:42 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
20 Oct, 22:23 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    22:23

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Siang jaga stesen, malam buat kek
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.