Malaysian Attention Engine
Live wire
5112 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat50General : MediAsas plan To Offer Financial, Health Safety Net To Malaysia's M40 -- Dzulkefly46Sport : World Junior C'ships: Zi Yu-Genevie Capture Girls' Doubles Title To End Country's 34-Year Wait45Civil marriage solemnisation does not usurp role of religious leaders, says JPN40Koperal polis parah ditetak suspek ketika operasi antidadah39Graduate pay must reflect skills, not location, says Ramanan37Liga Super: Selangor FC terus mengganas, lonjak di kedudukan kedua | Sinar Harian36Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda36General : Sahabat MADANI Selangor To Boost Youth Participation In Community Service - Tengku Zafrul35Baby’s body found in Kuala Berang drain missing head and hand, police investigating34FAM bakal terima RM102 juta daripada FIFA34Percepatkan projek tebatan, elak banjir berulang
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Sihir pemisah boleh jadi sebahagian bentuk pembelaan kes cerai

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 09:26 MYTLatest activity 18 Oct, 09:26BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Gangguan sihir dalam rumah tangga, terutama sihir pemisah bukan lagi sekadar momokan masyarakat, sebaliknya ia suatu bentuk gangguan makhluk halus yang bertujuan memecah belah hubungan suami isteri melalui cara syirik. (Berita Harian, 09:26)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·4 min read

Sihir pemisah boleh jadi sebahagian bentuk pembelaan kes cerai

By Suraya Ali · 18 Oct, 09:26 MYT

KUALA LUMPUR: Gangguan sihir dalam rumah tangga, terutama sihir pemisah bukan lagi sekadar momokan masyarakat, sebaliknya ia suatu bentuk gangguan makhluk halus yang bertujuan memecah belah hubungan suami isteri melalui cara syirik.

Walaupun tiada peruntukan undang-undang khusus berkaitan sihir di Mahkamah Syariah yang memberikan punca kuasa secara langsung kepada hakim untuk memutuskan unsur sihir pemisah, ia tidak bermakna isu berkenaan tidak pernah dibicarakan di hadapan mahkamah.

Pakar forensik sihir, Prof Madya Dr Mahyuddin Ismail memberitahu BH, terkena sihir boleh dijadikan sebahagian daripada bentuk pembelaan di Mahkamah Syariah, khususnya kes perceraian talak.

"Bagi kes sedemikian, pihak yang mendakwa perlu mengemukakan beban pembuktian yang terperinci. Sekiranya seorang suami atau isteri mendakwa talak dilafazkan dalam keadaan diri suami dipengaruhi sihir, pihak mendakwa perlu membuktikan beberapa perkara utama kepada mahkamah," katanya.

Perkara yang perlu dibuktikan ialah wujudnya tanda-tanda dan simptom lazim terkena sihir pada diri suami, suami mengalami ketidakwarasan atau ketidaksempurnaan akal akibat sihir ketika melafazkan talak serta ketidakwarasan itu menjejaskan kebolehan untuk mempertimbangkan sama ada perbuatannya benar atau salah.

"Bahan bukti sihir seperti paku, tulang, darah, gambar pernah digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah," katanya menambah gambar sebagai bukti juga memerlukan teknik yang khusus untuk membolehkan bukti itu digunakan di mahkamah.

Dalam membicarakan isu berkenaan, Mahyuddin berkata, Mahkamah Syariah juga mengambil kira beberapa asas penting sebelum membuat sebarang keputusan, antaranya pengakuan atau keterangan pemohon atau defendan (iqrar) sama ada dalam bentuk bertulis ataupun menerusi rakaman audio dan video.

Selain itu, mahkamah akan meneliti bukti perubahan karakter yang menunjukkan berlakunya perubahan drastik pada karakter suami ketika atau beberapa hari sebelum lafaz talak dibuat.

"Pendapat pakar turut diambil kira, termasuk keterangan daripada pengamal perubatan Islam bertauliah yang mendapat pengiktirafan Jabatan Agama Islam serta Pejabat Mufti di mana rawatan yang dijalankan wajib berlandaskan akidah Islam," katanya.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan di Pusat Sains Kemanusiaan (PSK) serta Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan di Universiti Malaysia Pahang Sultan Ahmad Shah (UMPSA) berkata, pemohon juga perlu mengangkat sumpah bahawa lafaz talak tersebut berlaku tanpa sedar dan di bawah pengaruh sihir, dengan amaran bahawa laknat Allah akan menimpa sekiranya berlaku pembohongan.

"Selepas berpuas hati dengan semua perkara berkenaan, barulah mahkamah akan memutuskan sama ada lafaz talak tersebut sabit atau tidak sabit, bergantung sepenuhnya kepada penilaian hakim mengadili unsur pembuktian dan pembelaan terbabit," katanya.

Tambahnya, sistem keadilan dan kehakiman Islam perlu memainkan peranan penting untuk memerangi jenayah tersembunyi ini supaya pelaku dapat dikenakan hukuman sewajarnya.

Trend 'janda berhias'

Sementara itu, Pengarah Kanan (Kehakiman) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Abu Suffian Abu Yaziz, menjelaskan dalam perundangan Syariah, isu sihir dinilai menerusi peranan saksi pakar bagi membantu mahkamah membuat keputusan.

"Biasanya jika membabitkan sihir, kita akan panggil saksi pakar memberi keterangan dan mahkamah akan berpandu kepada keterangan tersebut. Antara contoh pernah dipanggil sebagai saksi pakar dalam kes sihir ialah pakar perubatan Islam seperti Prof Madya Dr Mahyuddin Ismail serta pengamal perubatan dari Pusat Darussyifa," katanya.

Abu Suffian turut berkongsi situasi kes permohonan nikah berwali hakim pernah dikendalikan yang mana bapa mendakwa anak perempuannya disihir sehingga mahu berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri.

"Walaupun terdapat laporan perubatan oleh Allahyarham Datuk Ismail Kamus, dakwaan itu gagal dibuktikan di mahkamah kerana perawat tidak dipanggil sebagai saksi. Kesilapannya, pihak terbabit tidak membawa saksi itu ke mahkamah ketika perbicaraan untuk mengesahkan laporan itu.

"Mahkamah perlu lihat kepada kepakaran, maka mahkamah kekalkan keputusan wali enggan dan mengahwinkan pasangan itu melalui wali hakim," katanya turut mendedahkan trend 'janda berhias' atau pasangan berkahwin, tetapi tidak pernah bersetubuh dalam tempoh perkahwinan akibat sihir pemisah.

"Perempuan dakwa disihir hingga tidak boleh adakan hubungan kelamin kerana rasa benci dan marah. Ada kes tiga kali kahwin, cerai atas sebab sama.

"Bagi situasi seperti ini, Seksyen 17 Undang-Undang Keluarga Islam wajibkan mereka mohon kebenaran berkahwin semula di Mahkamah Syariah bagi mengesahkan kesucian diri dan ketiadaan tempoh idah," katanya.

Katanya, terdapat usaha beberapa negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan sihir, namun pelaksanaan di mahkamah setakat ini masih bergantung kepada keterangan saksi pakar.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-33 bersidang pada 11 Oktober 1993 memutuskan perbuatan sihir adalah dosa besar membawa kepada syirik, haram dipelajari.

Pengamal yang mendatangkan mudarat kepada manusia wajib dihukum qisas atau hudud, manakala pihak berwajib disaran menyediakan peruntukan undang-undang berkaitan.

Kaedah pembuktian sihir secara umumnya turut merangkumi beberapa elemen utama dalam perundangan Islam iaitu iqrar atau pengakuan tertuduh, shahadah atau kesaksian saksi yang melihat secara langsung, keterangan pakar merangkumi perubatan Islam, perubatan moden, psikiatri atau sains serta bukti forensik dan qarinah, termasuk petunjuk DNA.

Bagaimanapun, satu trend baharu muncul apabila terdapat segelintir perawat di media sosial didakwa menyalahgunakan sijil kelulusan atau pengiktirafan mereka, justeru pihak berkuasa disaran supaya mengetatkan syarat serta mempertingkatkan pemantauan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 09:39 MYT
32New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
18 Oct, 09:26 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:26

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.