Malaysian Attention Engine
Live wire
5112 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat50General : MediAsas plan To Offer Financial, Health Safety Net To Malaysia's M40 -- Dzulkefly46Sport : World Junior C'ships: Zi Yu-Genevie Capture Girls' Doubles Title To End Country's 34-Year Wait45Civil marriage solemnisation does not usurp role of religious leaders, says JPN40Koperal polis parah ditetak suspek ketika operasi antidadah39Graduate pay must reflect skills, not location, says Ramanan37Liga Super: Selangor FC terus mengganas, lonjak di kedudukan kedua | Sinar Harian36Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda36General : Sahabat MADANI Selangor To Boost Youth Participation In Community Service - Tengku Zafrul35Baby’s body found in Kuala Berang drain missing head and hand, police investigating34FAM bakal terima RM102 juta daripada FIFA34Percepatkan projek tebatan, elak banjir berulang
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Sita aset pesalah trafik perlu lindung hak keluarga tak bersalah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 10:00 MYTLatest activity 18 Oct, 10:00BMconfidence 60%

What happened

Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan menyita aset pesalah trafik yang disabitkan kesalahan serius bagi membayar pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya dan keluarga mereka. PETALING JAYA: Cadangan menyita aset pesalah trafik bagi membayar pampasan kepada mangsa nahas perlu dilaksanakan berlandaskan undang-undang dan tidak boleh menjejaskan hak ahli keluarga yang tidak bersalah, kata pakar. (Free Malaysia Today, 10:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

Sita aset pesalah trafik perlu lindung hak keluarga tak bersalah

By Chia Wan Rou · 18 Oct, 10:00 MYT

Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan menyita aset pesalah trafik yang disabitkan kesalahan serius bagi membayar pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya dan keluarga mereka. PETALING JAYA: Cadangan menyita aset pesalah trafik bagi membayar pampasan kepada mangsa nahas perlu dilaksanakan berlandaskan undang-undang dan tidak boleh menjejaskan hak ahli keluarga yang tidak bersalah, kata pakar.

Haezreena Begum Abdul Hamid. Pakar Kriminologi Universiti Malaya, Haezreena Begum Abdul Hamid, berkata penyitaan aset mesti berlandaskan undang-undang bagi melindungi hak keluarga pesalah yang tidak bersalah.

Katanya, keadilan bukan sekadar memastikan mangsa menerima pampasan tetapi melindungi hak pihak ketiga mengikut garis panduan mahkamah.

“Penyitaan mesti mempunyai asas undang-undang yang jelas. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil aset pasangan atau ahli keluarga yang tidak bersalah hanya kerana mereka mempunyai hubungan dengan pesalah,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, hukuman kewangan semata-mata tidak menjamin pengurangan kesalahan trafik jika tidak disertai penguatkuasaan undang-undang yang konsisten.

Pada 15 Okt lalu, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan menyita aset pesalah trafik yang disabitkan kesalahan serius bagi membayar pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya dan keluarga mereka.

Katanya, langkah itu antara beberapa pilihan sedang diteliti bagi memastikan mangsa atau keluarga mereka tetap menerima pampasan, khususnya apabila pesalah tidak mampu membuat bayaran.

Law Teik Hua. Sementara itu, Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia, Law Teik Hua, berkata penyitaan aset mungkin memberi kesan pencegahan dari sudut kewangan, tetapi tidak mampu mengubah sikap pemandu atau mengurangkan kadar kematian jalan raya secara bersendirian.

Katanya, kerajaan perlu mengutamakan pencegahan melalui penguatkuasaan berterusan terhadap kesalahan seperti memandu bawah pengaruh alkohol atau dadah, memandu laju dan melanggar lampu merah, selain memperkemas Sistem Mata Demerit Kejara.

“Kerajaan tidak seharusnya bergantung pada hukuman berat semata-mata. Punca kemalangan perlu ditangani secara menyeluruh merangkumi reka bentuk jalan raya yang selamat, menangani lokasi berisiko dan penguatkuasaan automatik,” katanya.

Bagi mengelakkan mangsa terbeban sementara menunggu proses penjualan aset selesai, Law mencadangkan kerajaan mewujudkan dana pampasan sementara sebelum mendapatkan semula wang daripada pesalah melalui saluran undang-undang.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 10:34 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
18 Oct, 10:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    10:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.