Malaysian Attention Engine
Live wire
49General : Selangor Sultan Launches Commemorative Items For Silver Jubilee46Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor44Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan4313 lelaki ditahan baling bom petrol di penempatan Rohingya41General : KPDN Proposes Diesel Subsidy For Kudat-Pulau Banggi Ferry Operators41"Kalau orang tuduh saya munafik, saya balik demam terus" - Speaker39Govt ordered to return 497.82 bitcoin to 9 cheated in scheme37Saman fitnah: Dr Akmal diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Teresa Kok37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36Consider shutting down pig farms nationwide: Wan Saiful36Papagomo bebas, AGC sekali lagi mahu fail rayuan36Mahasiswa UM pertahan kenyataan isu derma Najib perkara ‘paling bodoh’
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

SKMM rekod 5,333 ketidakpatuhan standard mandatori liputan telekomunikasi

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 17:37 MYTLatest activity 19 Oct, 17:37BMconfidence 60%

What happened

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pemantauan berterusan dilaksanakan bagi memastikan penyedia perkhidmatan mematuhi piawaian kualiti ditetapkan, termasuk mengambil tindakan undang-undang jika gagal memenuhi obligasi. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) merekodkan 5,333 ketidakpatuhan terhadap Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) liputan telekomunikasi melibatkan 2,697 lokasi di seluruh negara dari 1 Jan hingga 30 Sept lalu. (Free Malaysia Today, 17:37)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·1 min read

SKMM rekod 5,333 ketidakpatuhan standard mandatori liputan telekomunikasi

By Bernama · 19 Oct, 17:37 MYT

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pemantauan berterusan dilaksanakan bagi memastikan penyedia perkhidmatan mematuhi piawaian kualiti ditetapkan, termasuk mengambil tindakan undang-undang jika gagal memenuhi obligasi. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) merekodkan 5,333 ketidakpatuhan terhadap Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) liputan telekomunikasi melibatkan 2,697 lokasi di seluruh negara dari 1 Jan hingga 30 Sept lalu.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata pemantauan berterusan dilaksanakan bagi memastikan penyedia perkhidmatan mematuhi piawaian kualiti ditetapkan, termasuk mengambil tindakan undang-undang jika gagal memenuhi obligasi.

"SKMM menjalankan audit rangkaian bagi mengenal pasti kawasan titik buta (blind spot) atau liputan lemah serta menentukan langkah penambahbaikan bersesuaian berdasarkan keperluan teknikal dan keadaan setempat, termasuk pembinaan menara baharu, perkongsian tapak sedia ada, menaik taraf stesen pemancar, penambahan kapasiti dan pengoptimuman rangkaian."

Beliau menjawab isu liputan telekomunikasi dan titik buta yang dibangkitkan Richard Rapu (GPS-Betong) pada sesi kamar khas di Dewan Rakyat.

Di kawasan Parlimen Betong, Teo memaklumkan SKMM menjalankan 21 ujian audit rangkaian dan mengeluarkan 17 notis pematuhan kepada penyedia perkhidmatan yang didapati tidak memenuhi standard ditetapkan.

Menjawab soalan Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) mengenai keperluan penambahbaikan capaian internet di Hulu Selangor, Teo berkata, SKMM turut mengeluarkan notis pematuhan di bawah Subseksyen 51(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kepada penyedia perkhidmatan.

Tindakan itu diambil susulan pemeriksaan di Perumahan Mawar Gardens, Prima Beruntung pada 8 Julai lalu yang mendapati kualiti capaian internet tidak memuaskan.

Jelasnya, kerja pengoptimuman rangkaian telah diselesaikan dan ujian semula mengesahkan pematuhan terhadap piawaian MSQoS, serta pembinaan tapak menara baharu turut dirancang sebagai penambahbaikan seterusnya tertakluk kepada penilaian teknikal dan perancangan pemberi perkhidmatan.

Mengenai aduan liputan di Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor, Teo memaklumkan audit kualiti pada 16 Mei tahun lalu mendapati enam ketidakpatuhan piawaian dan sebuah menara telekomunikasi baharu kini dalam pelaksanaan yang dijangka siap pada 19 Julai 2027.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 18:40 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
19 Oct, 17:37 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    17:37

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.