Malaysian Attention Engine
Live wire
44Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals41Kerajaan akan wujudkan jawatankuasa kerja selaraskan penguatkuasaan produk asing40General : Next-of-kin of Four MOH Heli Crash Personnel To Receive Monthly Pension From Oct 21 - Dzulkefly39Pegawai kerajaan maut ditikam suami37Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu35Malaysia: Seascape Energy receives Letter of Agreement from PETRONAS regarding acreage expansion around Temaris Cluster PSC35Haze turns Indonesian skies orange, shuts East Timor schools35[TERKINI] Seorang penjawat awam wanita maut dipercayai dibunuh suami35Guru tuisyen ditahan lakukan amang seksual terhadap lima pelajar lelaki33Prince Harry, wife Meghan make first joint appearance since UK return32General : PM Anwar Wants Um Student Residence Project As Model of Leakage-free Development31World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix
NewUnconfirmedupdated 9 h ago

SME Corp bantu PMKS tempatan tembus pasaran antarabangsa

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 15:09 MYTLatest activity 15 Oct, 15:09BMconfidence 60%

What happened

SME Corp bantu PMKS tempatan tembus pasaran antarabangsa (Harian Metro, 15:09)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

SME Corp bantu PMKS tempatan tembus pasaran antarabangsa

By Adibah Hani · 15 Oct, 15:09 MYT

bisnes@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: SME Corp Malaysia memperkukuh usaha membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menembusi pasaran antarabangsa menerusi kerjasama strategik dengan Uzbekistan bagi membuka peluang perniagaan baharu di rantau Asia Tengah.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy berkata, kerjasama itu akan membolehkan PMKS tempatan meneroka peluang pasaran baharu, membina rangkaian perniagaan dan mengenal pasti potensi kerjasama dengan rakan strategik di Uzbekistan.

Kerjasama itu dimeterai menerusi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara SME Corp Malaysia dengan Entrepreneurship Development Company (EDC) Uzbekistan yang disaksikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim, pada Persidangan Eksport Enterprise 50 (E50), di sini, hari ini.

Rizal berkata, misi perdagangan SME Corp Malaysia ke Uzbekistan tahun lalu berjaya mengenal pasti potensi jualan bernilai kira-kira RM50.6 juta.

"Saya percaya kita boleh mencapai lebih banyak peluang menerusi pertukaran MoU hari ini," katanya ketika berucap pada persidangan berkenaan.

Sementara itu, Sim berkata, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memberi tumpuan kepada strategi tiga P, iaitu platform, permit dan promosi bagi membantu PMKS menembusi pasaran antarabangsa.

Beliau berkata, pendekatan itu bertujuan mewujudkan ekosistem e-dagang rentas sempadan yang membolehkan produk tempatan yang sedia untuk dieksport menembusi pasaran global.

Dalam perkembangan berkaitan, SME Corp Malaysia turut menjalinkan kerjasama dengan Lazada Malaysia bagi memperluas akses PMKS ke pasaran e-dagang serantau dan antarabangsa selain kerjasama dengan CIDB yang bertujuan memperkukuh ekosistem PMKS khususnya dalam sektor pembinaan.

Rizal berkata, SME Corp Malaysia turut menghasilkan panduan perjanjian perdagangan bebas (FTA) untuk PMKS susulan dapatan kajian yang menunjukkan hanya kira-kira 10 peratus responden mengetahui mengenai perjanjian berkenaan.

Beliau berkata, pemahaman mengenai FTA penting bagi membantu PMKS mengenal pasti manfaat perjanjian perdagangan, peluang memasuki pasaran destinasi serta halangan tarif dan bukan tarif yang perlu ditangani ketika mengembangkan perniagaan ke luar negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:0017:0018:00
Latest 18:03 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
15 Oct, 15:09 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    15:09

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.