Malaysian Attention Engine
Live wire
49General : Selangor Sultan Launches Commemorative Items For Silver Jubilee46Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor44Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan4313 lelaki ditahan baling bom petrol di penempatan Rohingya41General : KPDN Proposes Diesel Subsidy For Kudat-Pulau Banggi Ferry Operators41"Kalau orang tuduh saya munafik, saya balik demam terus" - Speaker39Govt ordered to return 497.82 bitcoin to 9 cheated in scheme37Saman fitnah: Dr Akmal diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Teresa Kok37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36Consider shutting down pig farms nationwide: Wan Saiful36Papagomo bebas, AGC sekali lagi mahu fail rayuan36Mahasiswa UM pertahan kenyataan isu derma Najib perkara ‘paling bodoh’
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

SPRM kukuh kerjasama dengan FCC Mauritius banteras rasuah dan jenayah kewangan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 17:37 MYTLatest activity 19 Oct, 17:37BMconfidence 60%

What happened

SPRM kukuh kerjasama dengan FCC Mauritius banteras rasuah dan jenayah kewangan (Harian Metro, 17:37)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

SPRM kukuh kerjasama dengan FCC Mauritius banteras rasuah dan jenayah kewangan

By Muhaamad Hafis Nawawi · 19 Oct, 17:37 MYT

mhafis@mediaprima.com.my

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memperkukuh hubungan kerjasama dengan Financial Crimes Commission (FCC), Mauritius menerusi lawatan kerja rasmi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ke sana baru-baru ini.

Lawatan itu menjadi platform bagi kedua-dua institusi berkongsi pengalaman dan memperluas pemahaman mengenai mandat serta pendekatan masing-masing dalam membanteras rasuah dan jenayah kewangan.

Dalam pertemuan antara Ketua Pengarah FCC, T Dawoodarry dan Abd Halim, masing-masing menyatakan hasrat meneroka kerjasama lebih erat antara kedua-dua institusi iaitu selepas perkenalan pertama di 7th Plenary Meeting of GlobE Network di Vienna pada Ogos lalu.

Abd Halim turut merakamkan penghargaan atas sambutan mesra dan pengaturan program oleh FCC yang memberi ruang kepada delegasi SPRM memahami dengan lebih dekat pelaksanaan tugas serta pengalaman pegawai suruhanjaya itu.

Pengisian lawatan merangkumi perkongsian mengenai peranan dan mandat SPRM serta pengenalan kepada Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Delegasi turut berpeluang mengikuti penerangan mengenai mandat FCC dan bertukar pengalaman bersama pegawai agensi berkenaan.

Antara bidang yang diberi tumpuan dalam sesi kerja ialah siasatan rasuah, perundangan, pemulihan dan pengurusan aset serta pendidikan dan pencegahan.

Perkongsian itu menyediakan asas untuk kedua-dua pihak mengenal pasti ruang kerjasama yang bersesuaian dengan keperluan institusi masing-masing.

Program lawatan turut menyenaraikan pertemuan dengan Peguam Negara Mauritius, HE Gavin Patrick Cyril Glover, SC, di Attorney General's Office serta Pengarah Pendakwaan Awam, Abdool Rashid Ahmine, SC, di Office of the Director of Public Prosecutions, Port Louis.

Dalam ucapan penutup, Abd Halim menzahirkan penghargaan atas keterbukaan FCC berkongsi pengalaman dan pandangan sepanjang lawatan.

Beliau berharap hubungan baik yang terjalin dapat diteruskan melalui komunikasi dan penerokaan peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Beliau turut mengundang T Dawoodarry untuk mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat SPRM di Malaysia pada tahun depan bagi meneruskan perbincangan dan mempererat hubungan antara kedua-dua institusi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow18:00
Latest 18:10 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
19 Oct, 17:37 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    17:37

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.