Malaysian Attention Engine
Live wire
46Bayern berdepan Arsenal tanpa Olise40General : PN Deregistration Proves PAS' Failure To Manage Coalition - Azmin36Kedai bundle simpan 3,383 paket minyak masak subsidi diserbu35Malaysia de-registers main opposition bloc Perikatan Nasional as elections loom34FIFA gantung tiga anggota skuad Mesir susulan insiden perlawanan Piala Dunia33Petronas - PETRONAS and Petrovietnam Strengthen...31Politics : PN Deregistered - RoS30Prabakaran cadang penjara wajib pesalah binasa rumah ibadat29World : Malaysia-Thailand Defence Ties Key To Border Security, Regional Stability – Wan Zaidi29General : KPKT Allocates RM154 Million To Upgrade Public Toilets Nationwide28General : Proposal To Extend Anti-bullying Tribunal To University Students Needs Cabinet Review - Azalina28PM bincang bantuan keluarga 54 rakyat Malaysia hilang di Kabinet Jumaat ini
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

SPRM, USM meteri MoU perkasa agenda anti rasuah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 21:28 MYTLatest activity 20 Oct, 21:28BMconfidence 60%

What happened

SPRM, USM meteri MoU perkasa agenda anti rasuah (Harian Metro, 21:28)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

SPRM, USM meteri MoU perkasa agenda anti rasuah

By Muhaamad Hafis Nawawi · 20 Oct, 21:28 MYT

mhafis@mediaprima.com.my

Georgetown: Kerjasama strategik antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) akan memfokuskan kepada pembangunan kapasiti, latihan kepakaran bersama, pelaksanaan penyelidikan saintifik dan perkongsian data empirikal bagi menganalisis trend rasuah serta keberkesanan tadbir urus.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman berkata, kolaborasi antara agensi penguatkuasaan dan universiti awam (UA) terkemuka negara itu membuka lembaran baharu dalam pembangunan modul akademik, kajian penyelidikan serta program kesedaran berimpak tinggi.

"SPRM melihat kerjasama ini sebagai platform terbaik untuk menyatukan kepakaran akademik dan kekuatan penguatkuasaan bagi melahirkan ekosistem organisasi yang telus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Program Certified Professional in Integrity Assurance and Management (CPIAM) Tahun 2026 serta Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara USM dan SPRM di Dewan Persidangan Universiti, USM Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurutnya, MoU itu bukan sekadar simbolik jalinan kerjasama korporat, sebaliknya manifestasi dan komitmen jitu kedua-dua pihak dalam membina benteng pertahanan antirasuah yang lebih utuh.

Pada majlis MoU itu, SPRM diwakili oleh Azmi dan Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Ahmad Nizam Ismail manakala USM oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed serta Penasihat Undang-Undang USM, Datuk Dr Khairul Anuar Che Azmi yang disaksikan oleh Dekan Pusat Pengajian Pengurusan USM, Profesor Dr. Hasliza Abdul Halim dan Presiden Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah Malaysia (ACeIO), Datuk Ahmad Sabri Mohamed.

Azmi turut mengingatkan graduan bahawa sijil profesional yang diraih adalah amanah besar yang bertindak sebagai 'senjata' dan 'perisai' untuk memutus rantaian salah laku manakala usaha memerangi rasuah memerlukan pendekatan 'Whole-of-Society' yang melibatkan peranan aktif setiap institusi.

Sementara itu, Profesor Ir Dr Abdul Rahman berkata, Program CPIAM berupaya membina dan memperkukuh integriti dalam sesebuah organisasi secara praktikal.

"Budaya integriti yang bermula di kampus mampu melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang daripada sudut akademik, malah berani menolak rasuah.

"Teruskan usaha menyumbang kepada tadbir urus dan pembudayaan integriti di Malaysia," katanya.

Pada majlis berkenaan, seramai 44 graduan menerima sijil profesional CPIAM 2026 dan program pensijilan siri ke-6 yang dibangunkan oleh Pusat Pengajian Pengurusan USM dengan kerjasama ACeIO sejak 2023 yang menyaksikan lebih 150 profesional kompeten daripada agensi awam dan swasta seluruh negara.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) USM, Profesor Dato' Dr Azlan Amran; Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi SPRM, Lim Bee Kean; Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim dan Pendaftar USM, Mohd Azizudin Mohd Shariff.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow22:00
Latest 22:42 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
20 Oct, 21:28 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    21:28

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.