
Strok bukan penamat hidup, Abdul Wahid gigih jalani pemulihan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Abdul Wahid Sulong yang berusia 58 tahun, mengalami strok tiga tahun lepas ketika memberhentikan lori dipandunya di tepi jalan untuk berehat berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). (Utusan Malaysia, 16:00)
Read the reporting
1 report
Strok bukan penamat hidup, Abdul Wahid gigih jalani pemulihan
Abdul Wahid Sulong yang berusia 58 tahun, mengalami strok tiga tahun lepas ketika memberhentikan lori dipandunya di tepi jalan untuk berehat berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Berkongsi kejadian diserang strok, Abdul Wahid berkata, ketika hendak turun dari lori, kakinya tiba-tiba terasa lemah dan dia terjatuh. Dia cuba bangun dan naik semula ke dalam lori, namun tidak berjaya.
Pada waktu itu, dia masih sedar dan boleh bercakap tetapi tidak dapat bergerak seperti biasa. Dengan telefon yang berada di dalam poket, Abdul Wahid menghubungi rakan-rakan yang berada berdekatan untuk mendapatkan bantuan sebelum ambulans tiba.
“Ingatan saya mengenai kejadian selepas itu semakin kabur dan dalam tempoh berikutnya, saya turut mengalami kesukaran untuk makan. Saya menerima rawatan awal di hospital kerajaan selama tiga hari sebelum dibenarkan pulang. Selepas itu, saya berada di rumah selama kira-kira dua bulan.
“Keluarga menyarankan saya memohon bantuan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Saya kemudiannya dirujuk untuk menjalani program rehabilitasi dan pemulihan di Columbia Asia Extended Care Hospital Shah Alam (CAECH Shah Alam),” katanya.
Abdul Wahid yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi sejak berusia 41 tahun berkata, strok menyebabkan pertuturannya menjadi kurang jelas dan pergerakan pada bahagian kiri badan turut terjejas.
Katanya, dia juga tidak boleh berdiri atau berjalan dan memerlukan bantuan orang lain untuk ke tandas serta menguruskan diri. Pada peringkat awal, Abdul Wahid hanya mampu berbaring dan tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa.
“Cabaran terbesar adalah apabila saya tidak mampu menguruskan diri dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Saya memerlukan bantuan ke tandas. Ketika itu, saya tidak mempunyai tenaga, tidak boleh berjalan dan sukar bercakap dengan jelas.
“Saya berasa sangat sedih kerana sebelum ini saya aktif. Selepas strok, saya tiba-tiba tidak lagi mampu melakukan perkara yang biasanya saya lakukan sendiri,” katanya.
Abdul Wahid mengikuti program rehabilitasi yang merangkumi terapi pertuturan, latihan berjalan, senaman regangan dan fisioterapi bagi membantu memulihkan pertuturan serta pergerakan badan.
Ketua Pegawai Eksekutif CAECH Shah Alam, Bavani Thavarajah berkata, Abdul Wahid mengalami kelemahan ketara pada seluruh bahagian kiri badan dan tidak dapat berdiri, berjalan atau berpindah dari katil ke kerusi tanpa bantuan.
Keseimbangannya juga kurang baik dan berisiko tinggi untuk terjatuh. Skor Modified Barthel Index ketika kemasukan adalah 49 daripada 100, yang menunjukkan tahap kebergantungan yang tinggi terhadap penjaga.
“Abdul Wahid menjalani program rehabilitasi sebagai pesakit dalam di CAECH Shah Alam selama 83 hari, dari 13 Disember 2023 hingga 4 Mac 2024,” katanya.
Sepanjang tempoh itu, dia mengikuti program rehabilitasi multidisiplin yang merangkumi fisioterapi, terapi cara kerja dan terapi pertuturan, di samping sokongan perubatan dan kejururawatan sepanjang tempoh kemasukan.
“Beliau mengikuti program rehabilitasi multidisiplin yang merangkumi fisioterapi, terapi cara kerja dan terapi pertuturan sepanjang tempoh kemasukannya selama 83 hari.
“Pasukan Fisioterapi CAECH Shah Alam memberikan tumpuan kepada kekuatan otot, keseimbangan, daya tahan fizikal dan keupayaan bergerak,” katanya.
Antara latihan dijalani termasuk untuk bangun dan bergerak di atas katil, berpindah dari katil ke kerusi, keseimbangan ketika duduk dan berdiri, berjalan menggunakan tongkat berkaki empat serta menaiki dan menuruni tangga.
Dalam pada itu, Ahli Terapi Pertuturan CAECH Shah Alam, Nur Atiqah Shamsul Bahrin memberitahu, selepas strok pertuturan Abdul Wahid menjadi kurang jelas sedikit akibat kelemahan dan kurang kawalan pergerakan bibir dan lidah. Dia juga cenderung bercakap terlalu laju, menyebabkan sesetengah perkataan sukar difahami.
“Kehilangan banyak gigi turut memberi kesan kepada sebutan beberapa bunyi perkataan dan kejelasan percakapan. Bagaimanapun, selepas menjalani terapi, pertuturannya kini jelas dan boleh difahami oleh ahli keluarga dan orang lain.
“Kami membantu Abdul Wahid mengawal kelajuan percakapan serta meningkatkan kawalan pergerakan bibir dan lidah bagi memperjelas pertuturannya. Pada peringkat awal, dia turut mengalami kesukaran menelan dan menerima nutrisi melalui tiub pemakanan dari hidung ke perut,” terangnya.
Selepas penilaian dan pemantauan lanjut terhadap keupayaan menelan, tiub pemakanan dapat ditanggalkan dan dia kembali makan serta minum melalui mulut dengan selamat. Pertuturannya kini juga lebih jelas dan boleh difahami.
Ahli Terapi Cara Kerja CAECH Shah Alam, Nadiah Mohd. Fauzi pula berkata, selepas strok, Abdul Wahid menghadapi kesukaran dalam beberapa aktiviti harian seperti memakai dan menanggalkan pakaian, menggunakan tangan kiri untuk memegang, menggenggam dan mengendalikan objek, menulis dan melakukan kerja yang memerlukan penggunaan kedua-dua belah tangan.
“Keseimbangan badan yang kurang baik menyebabkan sukar untuk menguruskan aktiviti harian dengan cepat dan selamat.
“Masalah kognitif (pemikiran dan ingatan) selepas strok turut menyukarkan mengingat, memberi tumpuan dan menyelesaikan tugasan tertentu,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Perkhidmatan Kejururawatan CAECH Shah Alam, Suriani Zainal berkata, proses rehabilitasi diteruskan di luar sesi terapi melalui aktiviti harian pesakit.
“Kami membantu pesakit mempraktikkan kemahiran yang dipelajari semasa sesi terapi, termasuk ketika bangun dari katil, berjalan, makan dan menguruskan diri. Kami juga berkomunikasi rapat dengan doktor dan ahli terapi mengenai perkembangan pesakit serta aspek yang masih perlu diperbaiki,” katanya.
Kini Abdul Wahid menunjukkan peningkatan ketara daripada segi kekuatan kaki kiri, keseimbangan dan keupayaan berjalan sepanjang menjalani rehabilitasi.
Dia kini mampu berjalan menggunakan tongkat serta menaiki dan menuruni tangga sendiri.
Walaupun menunjukkan peningkatan ketara, corak berjalan Abdul Wahid masih belum pulih sepenuhnya dan meneruskan fisioterapi susulan bagi meningkatkan kekuatan dan kawalan pergerakan, memperbaiki corak berjalan, mengurangkan risiko terjatuh, meningkatkan daya tahan fizikal serta mengekalkan fungsi yang telah dicapai. -UTUSAN
The post Strok bukan penamat hidup, Abdul Wahid gigih jalani pemulihan appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia16:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.