
Sudah tiba masa cukai rokok dinaikkan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
GEORGE TOWN: Ketiadaan pengumuman kenaikan cukai rokok dan tembakau dalam Belanjawan 2027 amat mengecewakan kerana langkah itu dilihat penting bagi membendung tabiat merokok khususnya dalam kalangan remaja dan golongan belia. (Utusan Malaysia, 08:31)
Read the reporting
1 report
Sudah tiba masa cukai rokok dinaikkan
GEORGE TOWN: Ketiadaan pengumuman kenaikan cukai rokok dan tembakau dalam Belanjawan 2027 amat mengecewakan kerana langkah itu dilihat penting bagi membendung tabiat merokok khususnya dalam kalangan remaja dan golongan belia.
Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V. berkata, kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk menangani penyakit berkaitan tabiat merokok, namun tiada kenaikan cukai jualan atau duti eksais rokok diumumkan dalam belanjawan yang dibentangkan kelmarin.
N.V. SUBBAROW
Menurutnya, keadaan itu amat mengecewakan ketika kerajaan terus memperuntukkan bantuan kewangan yang besar kepada rakyat bagi tahun hadapan.
“Amat mengecewakan apabila tiada apa-apa diumumkan mengenai kenaikan duti eksais rokok sedangkan kerajaan terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menangani penyakit yang disebabkan oleh tabiat merokok.
“CAP melihat kerajaan tidak menggunakan dasar percukaian sebagai salah satu langkah untuk mengawal penggunaan rokok,” katanya semalam.
Sebelum ini, CAP menggesa kerajaan agar menaikkan cukai rokok dalam Belanjawan 2027 sebagai salah satu usaha membendung tabiat merokok.
Bagaimanapun, tiada pengumuman berkaitan kenaikan kadar cukai rokok atau duti eksais tembakau oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2027, semalam.
Sementara itu, Subbarow berkata, ketiadaan langkah menaikkan cukai rokok juga boleh menjejaskan usaha mengawal tabiat merokok terutama apabila produk tembakau masih menjadi pilihan dalam kalangan remaja, pelajar dan golongan muda.
“Rokok merupakan produk berbahaya yang boleh menyebabkan ketagihan dan meningkatkan risiko pelbagai penyakit, sekali gus membebankan sistem kesihatan negara,” katanya.
The post Sudah tiba masa cukai rokok dinaikkan appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia08:31
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.