
Tak penting pemimpin PAS jadi ketua pembangkang, kata Iskandar
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Ahli Parlimen yang ramai membolehkan PAS mengemukakan hujah dan pendirian dalam pelbagai isu tanpa perlu memegang jawatan ketua pembangkang, kata Bendahari PAS Iskandar Abdul Samad. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS berkata tidak penting bagi partinya untuk memegang jawatan ketua pembangkang kerana sudah mempunyai ruang mencukupi untuk menyuarakan pendirian menerusi 43 Ahli Parlimen. (Free Malaysia Today, 22:34)
Read the reporting
2 reports
Tak penting pemimpin PAS jadi ketua pembangkang, kata Iskandar
Ahli Parlimen yang ramai membolehkan PAS mengemukakan hujah dan pendirian dalam pelbagai isu tanpa perlu memegang jawatan ketua pembangkang, kata Bendahari PAS Iskandar Abdul Samad. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS berkata tidak penting bagi partinya untuk memegang jawatan ketua pembangkang kerana sudah mempunyai ruang mencukupi untuk menyuarakan pendirian menerusi 43 Ahli Parlimen.
Bendahari PAS, Iskandar Abdul Samad, berkata, walaupun ketua pembangkang diberikan masa lebih panjang untuk berucap di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen yang ramai membolehkan PAS mengemukakan hujah dan pendirian dalam pelbagai isu.
Beliau mengulas cadangan bekas pemimpin Umno, Puad Zarkashi, supaya PAS mengambil alih peranan ketua pembangkang daripada Hamzah Zainudin, menyifatkan presiden Wawasan itu kurang menyerlah ketika perbahasan Belanjawan 2027.
"PAS tidak perlu dengar cakap dia sebab dulu parti dia sendiri pun tak dengar cakap dia," kata Iskandar kepada FMT.
Semalam Puad berkata Hamzah gagal mengemukakan cadangan atau dasar baharu dalam perbahasan belanjawan, sebaliknya hanya menyentuh mengenai 'enjin pertumbuhan ekonomi berimpak besar'.
Iskandar berkata peranan ketua pembangkang lebih tertumpu kepada urusan di Parlimen, sedangkan pemimpin PAS tetap mendapat perhatian termasuk daripada pihak luar negara.
"Contohnya Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar sering ditemui oleh pemimpin-pemimpin dan wakil-wakil dari negara luar walaupun bukan ketua pembangkang," katanya.
Iskandar turut berpandangan PAS sebenarnya mempunyai tokoh yang dikenali sebagai 'poster boy' pembangkang, walaupun tidak diumumkan.
"Walaupun PAS tidak mengumumkan 'poster boy', tetapi rakyat pun tahu siapa 'poster boy'.
"Sebenarnya pembangkang telah ada 'de facto poster boy'," katanya.
Hamzah dilantik ketua pembangkang sejak Disember 2022, walaupun beliau berundur seketika antara April hingga Jun lalu selepas dipecat Bersatu.
Samsuri yang juga pengerusi perikatan Nasional mengambil alih peranan itu seketika, sebelum Hamzah kembali sebagai ketua pembangkang pada Jun.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in mixed-language, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today22:34
- Step 2YouTube (mainstream)Free Malaysia Today (YouTube)23:34 · +60 min
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Free Malaysia Today (YouTube)
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.