
Telefon pintar beri saingan kamera konvensional untuk rakaman terbaik
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Telefon pintar beri saingan kamera konvensional untuk rakaman terbaik (Harian Metro, 07:04)
Read the reporting
1 report
Telefon pintar beri saingan kamera konvensional untuk rakaman terbaik
saufi@mediaprima.com.my
Acara berkelajuan tinggi seperti perlumbaan Formula Satu (F1) sering dianggap hanya sesuai dirakam menggunakan kamera profesional yang berat dan memerlukan persediaan rumit.
Namun, peningkatan sistem kamera telefon pintar dalam beberapa tahun kebelakangan ini membolehkan peminat dan pencipta kandungan merakam detik penting tanpa membawa peralatan besar.
Kuncinya terletak pada pemahaman tetapan asas dan teknik penggambaran yang betul.
Bagi pencipta kandungan, Kate Tan atau lebih dikenali sebagai 'ke.ennnnn_' di Instagram, beliau berkongsi pengalamannya merakam acara F1 di Sepang menggunakan telefon pintar.
Kate memulakan salurannya sendiri enam tahun lalu dan kini menjadikan penghasilan kandungan sebagai kerjaya sepenuh masa.
Menurutnya, minat terhadap teknologi, fotografi dan penceritaan melalui visual mendorongnya bukan sekadar mengulas spesifikasi, malah menggunakan sesuatu peranti dan mengujinya dalam situasi sebenar.
Bagi Kate, kelebihan utama telefon pintar ialah kemudahan.
"Saya menggunakan peranti Apple iaitu iPhone 18 Pro Max kerana keupayaan kamera serta prestasi rakaman visual yang sangat baik berbanding peranti lain di pasaran.
"Kebanyakan peranti lain mempunyai sistem aturan atau tetapan yang rumit, pengguna akan mengambil masa untuk melakukan tetapan mengikut kesesuaian.
"Jadi, saya tidak mahu terlepas detik penting hanya kerana sibuk menyediakan kamera," katanya.
Kate berkata, menerusi iPhone 18 Pro Max, tetapan yang dibuat lebih mudah dan sentiasa berada dalam jangkauan sehingga boleh bertukar dengan cepat antara mengambil foto dan merakam video.
Beliau turut menyifatkan sistem kamera kini jauh lebih baik dengan kawalan 'Pro', mod rentetan (burst) dan keupayaan zum yang berkuasa untuk 'memberhentikan' kereta lumba atau menghasilkan foto yang dramatik.
"Daya tahan peranti juga penting dalam kerja sehari khususnya apabila membabitkan tugasan rakaman visual berkualiti tinggi yang akan 'memakan' kapasiti bateri lebih tinggi berbanding operasi biasa.
"Bagi rakaman terbaik, tips yang saya gunakan adalah jangan sekadar tuding dan tekan, pengguna disarankan memahami tetapan kamera khususnya apabila merakam subjek yang bergerak laju.
"Kawalan Pro dalam aplikasi kamera membolehkan kelajuan pengatup (shutter speed), pendedahan (exposure) dan imbangan putih (white balance)dilaraskan secara manual," katanya.
Berkongsi tips lain, Kate berkata, kelajuan pengatup yang lebih tinggi membantu merakam gerakan kereta atau kanak-kanak yang berlari dengan lebih terperinci.
Beliau turut mengesyorkan mod rentetan supaya beberapa detik dapat dirakam dan bingkai terbaik dipilih, selain merancang komposisi sebelum aksi bermula kerana peluang yang ada mungkin hanya sepersekian saat.
"Untuk kesan gerakan kabur yang sinematik, cara paling mudah ialah teknik 'panning' iaitu mengekori subjek yang bergerak.
"Saya melaraskan kelajuan pengatup sekitar 1/125s melalui kawalan Pro dan menggabungkannya dengan zum optik 4x bagi membantu mengekalkan subjek tajam.
"Rahsianya ialah menggerakkan telefon dengan lancar mengikut arah dan kelajuan subjek semasa menekan butang rakam," katanya.
Katanya, hasil rakaman akan memperlihatkan kereta kelihatan agak tajam manakala latar belakang kabur dengan indah.
Beliau mengakui teknik ini mungkin memerlukan beberapa percubaan sebelum mendapat waktu yang tepat.
Bagi video, katanya, pengguna digalakkan untuk menggunakan resolusi 4K pada 60 bingkai sesaat (fps) untuk rakaman yang lancar dan terperinci.
Menurutnya, ciri 'Smart focus tracking' pula membantu mengekalkan fokus pada subjek yang melintasi bingkai, malah boleh menjejaknya keluar dan masuk bingkai secara automatik.
"Pengguna dinasihatkan tidak terlalu kerap zum masuk dan keluar ketika merakam, sebaliknya menentukan bingkai terlebih dahulu dan mengekori kereta dengan lancar.
"Gabungan rakaman lebar untuk suasana, rakaman dekat kereta dan rakaman 'panning' untuk menonjolkan kelajuan turut menjadikan video lebih profesional.
"Cuaca di litar boleh berubah daripada cerah kepada mendung dalam beberapa minit, justeru, saya melaraskan kelajuan pengatup, apertur dan imbangan putih secara manual mengikut keadaan cahaya," katanya.
Jika matahari terik, beliau memberi perhatian khusus kepada pendedahan supaya bahagian terang tidak hilang butirannya dan menggunakan ciri 'Histogram' untuk menyemak sama ada foto terlalu cerah atau gelap sebelum merakam.
"Zum 4x pada lensa 'Fusion Telefoto' 48MP pula membantu menghasilkan komposisi lebih rapat dan mengasingkan kereta daripada latar yang sibuk.
"Bagi aspek bingkai, saya menasihatkan pengguna mengubah perspektif dan menggunakan zum dengan jelas.
"Zum telefoto 8x berguna apabila pengunjung tidak dapat mendekati litar atau lorong pit, garis grid dalam aplikasi kamera boleh dimanfaatkan berdasarkan petua satu pertiga, dengan ruang dibiarkan di hadapan kereta bagi mewujudkan kesan pergerakan," katanya.
Menurutnya, latar belakang pula perlu dikekalkan bersih, sambil mencari unsur menarik seperti trek, pentas penonton atau orang ramai untuk menambah elemen cerita.
Katanya, perkara paling penting bukan memiliki kamera paling profesional, tetapi alat yang sesuai untuk menangkap detik ketika ia berlaku.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.