Malaysian Attention Engine
Live wire
53General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November48Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals47Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi43World : Paris Police Issue Overnight Curfew In 2 Areas To Prevent Further Disorder41Dana tambahan RM500 juta dilulus untuk kementerian Zahid selepas terlebih belanja40Business : STR, SARA Nearly RM11 Bln Disbursed To Eligible Recipients As of September 2026 -- MoF39Gerakan resignations expose leadership weaknesses, discontent with PAS3812 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat38Putin lulus rombakan kerajaan Russia38Jerebu berulang, di mana ketegasan ASEAN? - Penganalisis36Business : GDB Unit Secures RM118.99 Mln Sarawak Flood Forecasting Programme Subcontract35Japan to launch historic round-trip mission to Mars moon
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Ternakan berkeliaran: Tag pengenalan wajib, pemilik cuai berdepan tindakan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 07:04 MYTLatest activity 20 Oct, 07:04BMconfidence 60%

What happened

Ternakan berkeliaran: Tag pengenalan wajib, pemilik cuai berdepan tindakan (Harian Metro, 07:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Ternakan berkeliaran: Tag pengenalan wajib, pemilik cuai berdepan tindakan

By Nazdy Harun · 20 Oct, 07:04 MYT

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Isu haiwan ternakan yang dilepaskan bebas sehingga berkeliaran di jalan raya bukan perkara baharu, malah pelbagai cadangan sudah dikemukakan bagi menangani masalah itu termasuk mewajibkan setiap haiwan ternakan dipasang tag pengenalan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Datuk Dr Azman Ibrahim berkata, pemasangan tag pengenalan dapat memudahkan pihak berkuasa mengesan pemilik ternakan yang berkeliaran susulan peningkatan kes kemalangan membabitkan haiwan berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan Protokol Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Malaysia berkaitan peraturan tanda pengenalan melalui kaedah tag, tatu atau tag kaki (leg tag), setiap ternakan berdaftar sememangnya diwajibkan mempunyai tanda pengenalan.

Bagaimanapun, katanya, masalah timbul apabila segelintir pemilik ternakan kurang kesedaran dan mengambil mudah pematuhan peraturan, selain mengamalkan sistem penternakan secara lepas bebas.

"Dalam istilah penternakan, ternakan yang dilepaskan sehingga berkeliaran tidak dianggap sebagai satu sistem penternakan.

"Ternakan berkenaan dikategorikan sebagai haiwan berkeliaran yang boleh menimbulkan pelbagai isu dan masalah. Dalam erti kata lain, haiwan yang dilepaskan bebas sebenarnya bukan haiwan ternakan yang diuruskan mengikut kaedah penternakan sepatutnya," katanya.

Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai keluhan penduduk Taman Barakah, Kampung Kubang Jela dan kawasan sekitarnya yang runsing dengan masalah ternakan seperti lembu dan kerbau yang berkeliaran bebas.

Menurut Dr Azman lagi, ketidakpatuhan dalam kaedah penternakan boleh mengundang pelbagai risiko, termasuk penularan penyakit berjangkit, pencemaran dan kacau ganggu, selain mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

Katanya, risiko lebih serius ialah kemalangan yang boleh meragut nyawa manusia serta haiwan itu sendiri.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya JPV menyemak semula peraturan atau enakmen berkaitan bagi menyediakan asas perundangan yang lebih jelas untuk membolehkan tindakan tegas diambil terhadap pemilik haiwan yang dibiarkan berkeliaran.

Azman berkata, ketika ini, pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan terhadap haiwan berkeliaran ialah pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Penguatkuasaan undang-undang bagi menangani masalah lembu dan ternakan berkeliaran bukan di bawah bidang kuasa Jabatan Veterinar atau pengerusi jawatankuasa pertanian.

"Undang-undang kecil PBT memberikan kuasa kepada pihak berkenaan untuk menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran.

"Sebahagian PBT sudah mengambil tindakan berkenaan. Insya-Allah, kita akan mencadangkan supaya tindakan diambil dengan lebih tegas, menyeluruh dan berkesan," katanya.

Beliau turut mengingatkan pemilik ternakan supaya tidak menyalahkan pihak berkuasa sekiranya haiwan mereka ditangkap dalam operasi penguatkuasaan selepas ini.

"Pemilik jangan marah sekiranya ada lembu atau ternakan mereka yang dinaikkan ke lori majlis daerah selepas ini.

"Sediakan wang untuk menebus semula ternakan berkenaan. Jika pemilik tidak menuntutnya, ternakan itu akan dilelong," katanya.

Sebarang masalah di kawasan anda boleh dikongsi ke emel Suara Anda, Kami Dengar di am@hmetro.com.my

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 07:41 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
20 Oct, 07:04 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.