
The Mage bakal bertemu penonton Malaysia mulai 8 Oktober
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR-Filem fantasi suspens, THE MAGE, arahan duo tersohor Hong Kong, Danny Pang dan Oxide Pang (Pang Brothers), bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 8 Oktober 2026 ini. (Utusan Malaysia, 19:10)
Read the reporting
1 report
The Mage bakal bertemu penonton Malaysia mulai 8 Oktober
KUALA LUMPUR-Filem fantasi suspens, THE MAGE, arahan duo tersohor Hong Kong, Danny Pang dan Oxide Pang (Pang Brothers), bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 8 Oktober 2026 ini.
Filem terbitan Conroy Chan itu dibintangi Josie Ho, Carlos Chan dan Iman Taheri yang mempunyai latar belakang sebagai pakar bedah sebelum menceburi bidang lakonan, sekali gus menandakan penyatuan semula Pang Brothers sebagai pengarah selepas lebih sedekad yang sebelum ini mereka dikenali menerusi francais filem seram The Eye.
THE MAGE mengisahkan Lan Pui Ching, lakonan Josie Ho, seorang medium yang mempunyai kebolehan yang luar biasa dan dikelilingi barangan terbuang, selain elemen seram dan misteri, filem itu turut mengetengahkan tema trauma, kehilangan, kebaikan serta kasih sayang tanpa syarat.
Menariknya, Josie Ho terpaksa berdepan fobia terhadap kuman dan kekotoran ketika menjalani penggambaran dalam set yang dipenuhi kira-kira dua tan barangan terbuang.
Filem itu turut mencipta momentum antarabangsa menerusi tayangan di beberapa festival, termasuk Bucheon International Fantastic Film Festival di Korea Selatan dan Bangkok International Film Festival.
Diedarkan oleh Mega Films Distribution, THE MAGE bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 8 Oktober 2026, dengan mengetengahkan penceritaan supernatural yang menggabungkan elemen ketakutan dan emosi kemanusiaan.
The post The Mage bakal bertemu penonton Malaysia mulai 8 Oktober appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia19:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.