
Tiga lelaki lari masuk paya bakau, minuman keras RM270,000 dirampas
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
LABUAN: Tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan minuman beralkohol melarikan diri ke kawasan paya bakau bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam operasi di Sungai Melikai, Menumbok, awal pagi tadi. (Berita Harian, 16:27)
Read the reporting
1 report
Tiga lelaki lari masuk paya bakau, minuman keras RM270,000 dirampas
LABUAN: Tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan minuman beralkohol melarikan diri ke kawasan paya bakau bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam operasi di Sungai Melikai, Menumbok, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, APMM berjaya merampas 600 karton minuman beralkohol pelbagai jenama bernilai RM270,000 bersama sebuah bot kargo dan dua lori.
Pengarah Maritim Zon Labuan, Kapten Maritim Izwanhadi Idros, berkata operasi dijalankan hasil maklumat risikan berhubung kegiatan membawa barangan disyaki tidak berkastam dari perairan Labuan ke tanah besar Sabah.
Katanya, bot operasi Penggalang 24 yang menjalankan rondaan mengesan sebuah bot kargo dinaiki tiga individu bergerak dari perairan Pulau Labuan menuju ke Menumbok.
"Pasukan operasi kemudian mengekori bot berkenaan sebelum mengesannya merapat di sebuah lokasi pendaratan yang disyaki tidak sah di Jeti Sungai Kampung Melikai.
"Serbuan di kawasan darat dilaksanakan dengan bantuan anggota pasukan bot, namun ketiga-tiga individu terbabit bertindak melarikan diri ke kawasan paya bakau berhampiran," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Izwanhadi berkata, usaha mengesan suspek bagaimanapun tidak berjaya berikutan keadaan cuaca dan bentuk muka bumi yang menyukarkan operasi.
Katanya, pemeriksaan di lokasi menemukan sebuah bot kargo membawa kira-kira 200 karton minuman beralkohol, manakala dua lori lagi memuatkan kira-kira 400 karton minuman beralkohol pelbagai jenama.
"Keseluruhan rampasan membabitkan 600 karton minuman beralkohol dengan nilai dianggarkan RM270,000.
"Semua barang kes dirampas dan disita mengikut Akta Kastam 1967 sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Zon Labuan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan terus mempergiat rondaan dan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan penyeludupan, khususnya aktiviti membawa barangan tidak berkastam melalui laluan laut.
Sehubungan itu, katanya orang ramai terutama komuniti maritim digesa menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan mencurigakan bagi membantu pihak berkuasa membanteras jenayah maritim.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.