
Tiga wanita ditahan disyaki palsukan sijil cuti sakit
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KOTA TINGGI – Tiga wanita tempatan ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes pemalsuan sijil cuti sakit (MC) di daerah ini.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, penahanan ketiga-tiga suspek berusia 22 hingga 23 tahun dilakukan kira-kira jam 3.20 petang, Sabtu lalu.Menurutnya, kes itu mula dikesan selepas polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan lelaki sebuah klinik swasta pada 5 Oktober lalu."Pengadu memaklumkan terdapat individu tidak bertanggungjawab yang memalsukan dokumen sijil cuti sakit."Siasatan awal mendapati suspek pertama dipercay (Sinar Harian, 16:26)
Read the reporting
1 reportTiga wanita ditahan disyaki palsukan sijil cuti sakit
KOTA TINGGI – Tiga wanita tempatan ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes pemalsuan sijil cuti sakit (MC) di daerah ini.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, penahanan ketiga-tiga suspek berusia 22 hingga 23 tahun dilakukan kira-kira jam 3.20 petang, Sabtu lalu.Menurutnya, kes itu mula dikesan selepas polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan lelaki sebuah klinik swasta pada 5 Oktober lalu."Pengadu memaklumkan terdapat individu tidak bertanggungjawab yang memalsukan dokumen sijil cuti sakit."Siasatan awal mendapati suspek pertama dipercayai membeli sijil cuti sakit palsu sebelum menyerahkannya kepada majikannya."Suspek kedua pula dipercayai bertindak sebagai orang tengah dengan membantu suspek pertama mendapatkan sijil cuti sakit berkenaan daripada suspek ketiga," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan dan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.Katanya, semakan rekod mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan narkotik, manakala dua lagi tidak mempunyai rekod jenayah."Polis percaya penahanan ketiga-tiga suspek ini dapat membantu siasatan terhadap beberapa kes berkaitan pemalsuan dokumen sijil cuti sakit yang berlaku di sekitar daerah Kota Tinggi," katanya.Yusof berkata, ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi bagi permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.Mahkamah membenarkan reman selama empat hari bermula 19 hingga 22 Oktober ini bagi membantu siasatan lanjut.Mengulas lanjut, beliau berkata, Seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.Sementara itu, Seksyen 471 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta tampil membantu polis bagi melengkapkan siasatan.
Why it is new
- 3 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian16:26
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.