Malaysian Attention Engine
Live wire
515 sekolah di Nilai terima bungkusan misteri50Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi46Business : Zetrix AI Given Until Oct 22 To Remedy Sukuk Breach Or Face Payment Default44General : Missing JBPM Officer Mohd Sani Among 121 Honoured at KPKT's Appreciation Night43Perselisihan rumah tangga disyaki jadi punca39Jet bawa dadah: PDRM tunggu pengesahan penglibatan ahli politik Filipina | Sinar Harian39Nahas helikopter Ulu Baram: Keadaan cuaca baik, juruterbang miliki sijil perubatan sah - Laporan awal38Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM37General : Human Resources Ministry To Introduce Starting Basic Salary Guidelines - Ramanan35Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals35General : Genting Property, Huawei Partner To Develop Johor Tech Smart City34Adam Adli: Kritikan mahasiswa terhadap rasuah bukan ancaman
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Tindakan kuat kuasa SPRM Perlis rekod nilai lucut hak lebih RM690,000

Only social or community posts, or a single source.

Attention
21
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 18:59 MYTLatest activity 16 Oct, 18:59BMconfidence 60%

What happened

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) perkenan terima Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani menghadap di Istana Arau baru-baru ini. (Gambar Istana Arau) ARAU: Tindakan penguatkuasaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menyumbang kepada pemulihan hasil melalui nilai lucut hak berjumlah RM698,255.55 sepanjang tempoh 2024 hingga tahun ini. (Free Malaysia Today, 18:59)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

Tindakan kuat kuasa SPRM Perlis rekod nilai lucut hak lebih RM690,000

By Bernama · 16 Oct, 18:59 MYT

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kanan) perkenan terima Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani menghadap di Istana Arau baru-baru ini. (Gambar Istana Arau) ARAU: Tindakan penguatkuasaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menyumbang kepada pemulihan hasil melalui nilai lucut hak berjumlah RM698,255.55 sepanjang tempoh 2024 hingga tahun ini.

Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani berkata, sepanjang tempoh itu, pihaknya turut membuka 65 kertas siasatan selain merekodkan 84 tangkapan dan 37 tuduhan di mahkamah.

“Sebanyak 20 kertas siasatan dibuka pada 2024 melibatkan 27 tangkapan dan 13 tuduhan dengan nilai lucut hak RM323,872.55 manakala pada tahun lepas, 22 kertas siasatan dibuka membabitkan 34 tangkapan dan 16 tuduhan, dengan nilai lucut hak RM374,168.

“Setakat Januari lepas hingga kini pula, SPRM Perlis membuka 23 kertas siasatan melibatkan 23 tangkapan dan lapan tuduhan dengan nilai lucut hak RM215,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Arau hari ini.

Menurut kenyataan itu, perkara berkenaan dipersembahkan Mohd Nor Adha kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis perpisahan di Istana Arau baru-baru ini.

Mohd Nor Adha berkata, SPRM Perlis turut memberi penekanan terhadap aspek pencegahan melalui pengemukaan 61 Syor Penambahbaikan Tatakelola kepada jabatan dan badan berkanun pada peringkat persekutuan serta negeri.

“Usaha ini bertujuan memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam, meningkatkan integriti organisasi serta menutup ruang dan peluang berlakunya rasuah,” katanya.

Beliau berkata, komitmen dan kecemerlangan warga SPRM Perlis turut mendapat pengiktirafan menerusi beberapa anugerah, antaranya Anugerah Khas Ketua Pesuruhjaya pada 2024 dan 2025.

Mohd Nor Adha berkata, SPRM Perlis turut meraih Anugerah Pengurusan KPI Terbaik 2025 dengan markah penilaian sebanyak 97.45%, selain memperoleh tempat ketiga bagi Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik 2025.

“Pencapaian tersebut membuktikan kesungguhan SPRM Perlis dalam mengimbangi tindakan penguatkuasaan dengan langkah pencegahan secara berterusan demi membentuk persekitaran pentadbiran yang berintegriti, telus dan bertanggungjawab,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pada majlis berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin Putra menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Mohd Nor Adha atas khidmat bakti serta komitmen beliau dalam menerajui SPRM Perlis sepanjang tempoh dua tahun tujuh bulan bermula 1 Mac 2024 hingga esok.

Baginda turut mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat beliau dan pelantikan sebagai pengarah SPRM Terengganu yang berkuat kuasa 18 Okt ini.

Raja Muda Perlis berharap pengalaman yang ditunjukkan sepanjang berkhidmat di Perlis akan menjadi bekalan berharga untuk meneruskan tanggungjawab baharu, di samping mengekalkan komitmen dalam memperkukuh integriti, tatakelola dan usaha membanteras rasuah demi kepentingan negara.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow20:0021:00
Latest 21:23 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
16 Oct, 18:59 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    18:59

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Tindakan kuat kuasa SPRM Perlis rekod nilai lucut hak lebih RM690,000 · Malaysian Attention Engine