
Tok Pa puas hati Padang Tengku membangun
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Datuk Mustapa Long atau lebih mesra dengan panggilan ‘Tok Pa’ menzahirkan rasa gembira dan puas hati apabila kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku yang diwakilinya sejak tiga penggal pesat membangun dengan pelbagai projek kemudahan asas, pendidikan, pelancongan dan ekonomi rakyat. (Utusan Malaysia, 15:30)
Read the reporting
1 report
Tok Pa puas hati Padang Tengku membangun
Datuk Mustapa Long atau lebih mesra dengan panggilan ‘Tok Pa’ menzahirkan rasa gembira dan puas hati apabila kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Tengku yang diwakilinya sejak tiga penggal pesat membangun dengan pelbagai projek kemudahan asas, pendidikan, pelancongan dan ekonomi rakyat.
Tok Pa yang sinonim dengan mudah didekati dan gemar menggunakan dialek tempatan berkata, pengalaman beliau di Biro Tatanegara (BTN) sebelum menceburi politik menjadi bekalan penting untuk membina keyakinan penduduk.
“Sejak 2013 saya memperkenalkan slogan Padang Tengku Menyapa sebagai landasan komunikasi mesra dengan rakyat. Saya lebih suka turun padang, masuk rumah ke rumah, malah kadang-kadang ke dapur untuk melihat sendiri kehidupan mereka,” katanya kepada Mingguan Malaysia, baru-baru ini.
Mustapa mengakui bertuah kerana mewarisi asas pembangunan yang baik daripada wakil rakyat terdahulu. Hampir semua kawasan sudah mempunyai jalan perhubungan dan kemudahan asas. Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang siap sepenuhnya dari Kampung Relong ke sempadan Kelantan sejak 2015 menjadi mercu tanda baharu, memendekkan masa perjalanan berbanding Jalan Persekutuan Lama.
Kemudahan rakyat diperkasa
Tok Pa yang juga Naib Ketua UMNO Lipis berkata, peruntukan RM500,000 digunakan untuk menaiktaraf kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kechau Tui dengan surau, bilik air, gerai dan dataran parkir sementara menunggu projek R&R Kampung Relong siap.
Dalam bidang pendidikan, sebuah Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) bernilai RM14.7 juta di Kampung Bapong sudah mula beroperasi dengan 20 pelajar, manakala bangunan tambahan Sekolah Menengah Agama Padang Tengku bernilai RM9 juta memberi keselesaan kepada pelajar.
Beliau turut meninjau dan menaiktaraf masjid di Kampung Seberang Jelai, Aur Gading, Mentara Baru dan Tempoyang.
“Kemudahan ibadat mesti dijaga kerana ia nadi masyarakat,” katanya.
Pertanian dan ekonomi belia
Dalam bidang ekonomi, Tok Pa menekankan pertanian komersial berasaskan fertigasi seperti nanas, timun, lada, jagung dan kelapa melibatkan 13 pengusaha muda di Kampung Dusun, Merapoh,
Telang dan Ulu Teris. Projek ternakan lembu pula digalakkan di Felda Kechau Dua, Merapoh dan beberapa kampung lain.
Lipis yang kaya dengan alam sekitar turut dimanfaatkan untuk pelancongan. Sungai Jelai dan Sungai Tanum menjadi tarikan pemancing, manakala Taman Eko Rimba Sungai Yu serta 23 gua batu kapur di Merapoh termasuk Gua Tahi Bintang dan Gua Sisik Naga diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan.
“Pengiktirafan ini membuka peluang pelancongan lestari bertaraf antarabangsa,” jelasnya.
Gua Bama di Kampung Relong pula menjadi lokasi rekreasi dan riadah hujung minggu, selain menyimpan sejarah kedatangan saudagar Sumatera 300 tahun lalu. Sejak 2024, kerajaan negeri dengan sokongan Kementerian Pelancongan memperuntukkan RM1.7 juta untuk Merapoh dan RM1.45 juta untuk Gua Bama, ditambah RM2 juta tahun ini bagi pembangunan pelancongan.
Pekerjaan
Tok Pa turut menekankan peluang pekerjaan apabila kilang peluru Ketech Asia di Kechau mengambil kira-kira 1,000 pekerja sejak tiga tahun lalu hasil usaha Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.
Masalah bekalan air juga diberi perhatian dengan pembinaan Loji Rawatan Air Kechau bernilai RM4.8 juta siap pada 2022 serta Projek Bekalan Air Luar Bandar Kampung Chegar Perah bernilai RM13.9 juta yang mula beroperasi Julai lalu.
Katanya, usaha berterusan membolehkan 124 peneroka Felda Chegar Perah dan 126 peneroka Felda Kechau Satu menerima Suratan Hak Milik. Skim Tanah Rakyat turut diluluskan melibatkan 50 fasa termasuk tapak kediaman, dusun dan pertanian.
Penduduk Orang Asli etnik Bateq di Kampung Sungai Garam dan Bencah Kelubi juga tidak dilupakan dengan bantuan kebajikan serta peluang ekonomi berasaskan pertanian.
projek masa depan
Mengakhiri perbualan, Tok Pa menjelaskan beliau akan bersara sebagai wakil rakyat pada akhir penggal ini. Namun harapannya adalah melihat pembinaan Bandar Baru Kuala Lipis 3.0 sebagai zon ekonomi baharu di DUN Padang Tengku termasuk Hospital Baharu Lipis direalisasikan dengan kerjasama Ahli Parlimen Lipis.
“Padang Tengku sudah jauh berubah. Saya puas hati kerana rakyat menikmati pembangunan. Kini tiba masa saya berundur dengan senyuman, meninggalkan legasi pembangunan untuk generasi seterusnya,” katanya.- UTUSAN
The post Tok Pa puas hati Padang Tengku membangun appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia15:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.