
Tropicana Foundation, PropertyGuru lancar Pre-Loved Market korporat
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Tropicana Foundation, cabang kemasyarakatan Tropicana Corporation Berhad bekerjasama dengan PropertyGuru Group melancarkan Pre-Loved Market korporat pertama di Malaysia bagi menggalakkan penggunaan semula barangan dan mengurangkan sisa ke tapak pelupusan. (Utusan Malaysia, 19:35)
Read the reporting
1 report
Tropicana Foundation, PropertyGuru lancar Pre-Loved Market korporat
KUALA LUMPUR: Tropicana Foundation, cabang kemasyarakatan Tropicana Corporation Berhad bekerjasama dengan PropertyGuru Group melancarkan Pre-Loved Market korporat pertama di Malaysia bagi menggalakkan penggunaan semula barangan dan mengurangkan sisa ke tapak pelupusan.
Bagi 2026, Tropicana Foundation menyasarkan untuk mengumpul lebih 1,500 barangan terpakai, meraih lebih RM10,000 bagi tujuan kebajikan serta mengurangkan 300 kilogram (kg) sisa daripada dihantar ke tapak pelupusan.
Kesemua hasil kutipan daripada program itu akan disalurkan kepada badan kebajikan tempatan dan rumah kebajikan.
Ketua Negara Jualan Pemaju PropertyGuru & iProperty, Jac Ng berkata, kerjasama itu memberi peluang kepada kakitangan untuk mengamalkan kelestarian secara praktikal dengan memberi nilai baharu kepada barangan yang tidak lagi digunakan.
“Kerjasama dengan Tropicana Foundation membolehkan kakitangan kami mengamalkan kelestarian dengan cara yang praktikal dan bermanfaat, dengan mengubah barangan terpakai kepada sumber yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.
“Dengan membawa inisiatif ini ke tempat kerja, kami mahu menggalakkan budaya penggunaan bertanggungjawab, kerja berpasukan dan sumbangan kepada komuniti.
“Kami berharap kerjasama ini dapat mendorong lebih banyak syarikat memperkasa kakitangan mereka untuk membawa perubahan positif menerusi tindakan kecil yang dilakukan secara berterusan,” katanya semasa pelancaran Pre-Loved Market korporat pertama di Malaysia.
Program selama tiga hari yang berlangsung dari 20 hingga 22 Oktober 2026 di ibu pejabat PropertyGuru, The Gardens South Tower, Mid Valley itu membolehkan kakitangan menyumbang dan membeli barangan terpakai untuk digunakan semula.
Inisiatif berkenaan turut menjadi sebahagian daripada usaha kedua-dua pihak menerapkan amalan penggunaan bertanggungjawab dan ekonomi kitaran di tempat kerja, selain menyokong komuniti yang memerlukan.
Sementara itu, Pengarah Urusan Pemasaran dan Jualan serta Pembangunan Perniagaan Tropicana, Ixora Ang berkata, inisiatif berkenaan selaras dengan usaha syarikat memperkukuh komitmen terhadap aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Katanya, kerjasama dengan PropertyGuru menunjukkan perkongsian antara syarikat bukan sahaja boleh tertumpu kepada peluang perniagaan, malah diperluaskan kepada usaha menghasilkan impak sosial dan alam sekitar.
“Melalui Tropicana Foundation, kami terus memperkukuh komitmen ESG dengan mewujudkan kerjasama yang menghubungkan masyarakat, perniagaan dan komuniti.
“Kerjasama dengan PropertyGuru menunjukkan bagaimana perkongsian korporat boleh melangkaui peluang perniagaan untuk menghasilkan impak positif terhadap alam sekitar dan sosial,” katanya.
Dalam pada itu, kakitangan PropertyGuru yang mengambil bahagian dalam program tersebut turut ditawarkan rebat korporat tambahan sebanyak lima peratus bagi hartanah Tropicana terpilih, selain rebat promosi sedia ada yang berkenaan, tertakluk kepada terma dan syarat.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan, Komunikasi Pemasaran, ESG dan T360 Lifestyle merangkap Pengarah Program Tropicana Foundation, Serena Lim berkata, Pre-Loved Market diperkenalkan bagi memberi nilai baharu kepada barangan yang tidak lagi digunakan, selain menggalakkan penyertaan dalam ekonomi kitaran.
“Konsepnya mudah, iaitu barangan yang mungkin tidak lagi berguna kepada seseorang boleh menjadi sesuatu yang bernilai kepada orang lain.
“Kami mahu membawa konsep ini melangkaui kempen sumbangan tradisional dengan mewujudkan platform korporat yang membolehkan kakitangan mengambil bahagian secara aktif dalam ekonomi kitaran sambil menyokong golongan yang memerlukan.
“Setiap barangan yang disumbangkan, pembelian yang dibuat dan wang yang dikumpulkan menyumbang kepada usaha mengurangkan sisa serta membantu komuniti yang memerlukan,” katanya.
Pada tahun lalu, Pre-Loved Market berjaya mengumpul dan mengagihkan semula 774 barangan serta mengelakkan lebih 190 kg sisa daripada dihantar ke tapak pelupusan.
Tropicana Foundation merancang memperluaskan inisiatif itu kepada lebih banyak rakan korporat, tempat kerja dan komuniti di seluruh negara bagi menggalakkan penggunaan bertanggungjawab, mengurangkan sisa serta meningkatkan sumbangan kepada komuniti kurang bernasib baik dan rumah kebajikan. – UTUSAN
The post Tropicana Foundation, PropertyGuru lancar Pre-Loved Market korporat appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia19:35
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.