
Tumpas selepas 43 tahun diburu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Quang Ngai: Seorang Wanita Vietnam yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh rakan karibnya dan mencuri barang kemas miliknya ditahan selepas 43 tahun menjadi buruan, lapor Tuoi Tre News. (Harian Metro, 20:04)
Read the reporting
1 report
Tumpas selepas 43 tahun diburu
Quang Ngai: Seorang Wanita Vietnam yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh rakan karibnya dan mencuri barang kemas miliknya ditahan selepas 43 tahun menjadi buruan, lapor Tuoi Tre News.
Nguyen Thi Tuyet, 69, ditahan di Wilayah Lam Dong, tanah tinggi tengah Vietnam, pada 16 Oktober lalu selepas melarikan diri dari penjara pada 1983 dan hidup menggunakan identiti palsu.
Polis Wilayah Quang Ngai dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan Tuyet yang dilahirkan pada 1957 sudah dipindahkan ke pusat tahanan polis wilayah untuk tindakan lanjut mengikut undang-undang.
Tuyet membunuh rakan karibnya, Pham Thi Phuoc, 22, di kampung halaman mereka pada 1979 bagi mencuri rantai leher emas dan sepasang anting-anting emas.
Dia kemudian ditangkap Polis Wilayah Nghia Binh dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh serta merompak sebelum melarikan diri ketika menjalani hukuman.
Pada 1983, Tuyet melarikan diri dari Kem Pemulihan Kim Son di Wilayah Gia Lai menyebabkan Polis Wilayah Nghia Binh mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.
Ketika dalam buruan, dia menukar namanya kepada Tran Thi Bich Lien dan mendakwa dilahirkan pada 1962. Dia kemudian berpindah ke Komun Cat Tien 2, Wilayah Lam Dong, sebelum menetap, berkahwin serta mempunyai anak dan cucu di situ.
Tuyet dikategorikan sebagai pelarian yang sangat berbahaya dan berjaya mengelak pihak berkuasa selama lebih empat dekad sebelum ditahan Polis Quang Ngai pada Jumaat lalu.
Penangkapannya mengejutkan ahli keluarga serta penduduk tempatan yang mengenalinya sepanjang dia tinggal di kawasan berkenaan menggunakan identiti palsu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro20:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.