
Usia 61, plank lima jam pecah rekod dunia!
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Utah, Amerika Syarikat: Seorang wanita berusia 61 tahun yang aktif dalam kecergasan memecahkan rekod dunia miliknya sendiri selepas bertahan dalam posisi plank selama lima jam pada temasya Huntsman World Senior Games di sini. (Harian Metro, 15:09)
Read the reporting
1 report
Usia 61, plank lima jam pecah rekod dunia!
Utah, Amerika Syarikat: Seorang wanita berusia 61 tahun yang aktif dalam kecergasan memecahkan rekod dunia miliknya sendiri selepas bertahan dalam posisi plank selama lima jam pada temasya Huntsman World Senior Games di sini.
Memetik laporan United Press International (UPI), DonnaJean Wilde melakukan percubaan memecahkan rekod itu sempena majlis pembukaan temasya sukan berkenaan yang meraikan pencapaian sukan dalam kalangan individu berusia lebih 50 tahun.
Wilde bertahan dalam posisi plank selama lima jam, sekali gus memecahkan Rekod Dunia Guinness (GWR) miliknya sendiri iaitu empat jam, 30 minit dan 11 saat yang dicatatkan pada 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif Huntsman World Senior Games, Kyle Case berkata, pencapaian Wilde mencerminkan matlamat utama penganjuran temasya sukan warga emas itu.
"Ia adalah mengenai mengiktiraf kemampuan diri pada tahap sekarang dan menyedari bahawa kita tidak perlu berhenti sebaliknya boleh terus melakukan perkara yang diminati," katanya kepada KSL-TV.
"Di sini, kami memberi tumpuan kepada sukan, namun terdapat banyak perkara lain yang boleh terus kita lakukan dan nikmati seiring peningkatan usia," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro15:09
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.