Malaysian Attention Engine
Live wire
56King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period54General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am52Kes bunuh Irene Sofiya: Reman remaja lelaki 16 tahun disambung 6 hari mulai esok51Two detained, RM3.3 mln drugs seized50Sport : ACC: Xisco Munoz Hails JDT After 6-0 Win Over PKR Svay Rieng FC44Suspek utama kes pembunuhan Irene Sofiya disambung reman enam hari43Ringgit eases vs US dollar, ends higher against Asean currencies43Cubaan seludup syabu: Jet peribadi disewa RM200,00042Meta bans TikTok from advertising on its apps, Bloomberg News reports40Houthi lancar dua peluru berpandu ke arah Riyadh38Saifuddin gesa politik integriti ganti budaya fitnah, mengampu3680 peratus pendeposit TH belum cukup simpanan minimum RM15,000
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Usia bukan faktor tunggal tentukan jangka hayat aset ATM - Mohamed Khaled

Only social or community posts, or a single source.

Attention
0
no previous hour
Momentum
0
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 10:07 MYTLatest activity 9 Oct, 10:07BMconfidence 60%

What happened

Details are being gathered from the sources below.

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Usia bukan faktor tunggal tentukan jangka hayat aset ATM - Mohamed Khaled

By Muhammad Yusri Muzamir · 9 Oct, 10:07 MYT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan memaklumkan proses penentuan aset sudah mencapai atau melepasi jangka hayat asal tidak dibuat berdasarkan usia aset itu semata-mata.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ia sebaliknya turut mengambil kira penilaian bagi keperluan operasi, keadaan teknikal, tahap keselamatan, keusangan teknologi, kos kitar hayat, kebolehsenggaraan dan ketersediaan aset pengganti.

Beliau berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga memiliki Dasar Kasting ATM bagi menentukan jangka hayat aset, selain menggunakan beberapa mekanisme utama bagi aset mencapai atau melepasi jangka hayat.

Mekanisme itu, katanya, membabitkan perlanjutan hayat perkhidmatan (SLEP), penggantian aset baharu atau penamatan perkhidmatan.

"SLEP akan dipertimbangkan jika aset masih relevan, memiliki nilai operasi, boleh dipulihkan atau dinaik taraf dengan selamat serta kos perlanjutannya munasabah berbanding perolehan aset baharu.

"Pertimbangan ini dibuat melalui Analisis Kos dan Faedah serta Analisis Pihak Berkepentingan dengan mengambil kira kemampuan peruntukan kewangan dan keperluan operasi.

"Kerja naik taraf melalui penggantian peralatan usang juga boleh dilaksanakan bagi mengekalkan kesiapsiagaan dan kesinambungan operasi sesuatu aset, selaras perkembangan teknologi pertahanan," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) mengenai dasar dan mekanisme

menentukan operasi aset sudah mencapai atau melepasi jangka hayat asal melalui SLEP atau diganti dengan yang baharu.

Mohamed Khaled berkata, kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) misalnya akan menjalani kerja naik taraf pertengahan hayat (MLU) semasa Refit Kedua yang akan bermula dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, ini memandangkan aset strategik berkenaan sudah menghampiri separuh jangka hayatnya dan berdepan isu keusangan beberapa peralatan, kerja penggantian dan naik taraf diperlukan bagi memastikan keupayaan aset kekal relevan.

Katanya, tempoh Refit dipilih sebagai masa sesuai kerana pelaksanaan MLU memerlukan tempoh henti operasi panjang.

"Sebaliknya, mekanisme penggantian akan dipertimbangkan jika aset tidak lagi memenuhi keperluan operasi, risiko keselamatannya tidak dapat diurus atau kos penyelenggaraan dan perlanjutan hayatnya tidak lagi ekonomik.

"Bagi TLDM khususnya, keputusan ini turut mengambil kira pelaksanaan Program Transformasi 15-to-5, bagi menyelaraskan penamatan aset lama dengan kemasukan aset baharu untuk memastikan kesinambungan keupayaan armada," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

No timeline yet.

Where it started

Unknown.

How it spread

Not enough data to show how this spread.

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.