
Kes bunuh Irene Sofiya: Reman remaja lelaki 16 tahun disambung 6 hari mulai esok
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Kes bunuh Irene Sofiya: Reman remaja lelaki 16 tahun disambung 6 hari mulai esok (Google News Malaysia (BM), 10:26)
Read the reporting
2 reports
Kes bunuh Irene Sofiya: Reman remaja lelaki 16 tahun disambung 6 hari mulai esok
BATU PAHAT: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tempoh reman pelajar lelaki Tingkatan Empat yang juga suspek kes bunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, dekat sini Sabtu lalu, disambung enam hari.
Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman membenarkan sambungan reman ke atas suspek berusia 16 tahun bermula esok sehingga Khamis selepas permohonan reman pertama berakhir hari ini.
Sambungan reman bagi membolehkan polis meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, termasuk merakam keterangan suspek dan melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Johor untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, suspek tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi dengan dikawal anggota Bahagian Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Sabtu lalu, Irene Sofiya yang kehilangan ibu ketika usianya sembilan tahun, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah pada badan di dewan sekolah berkenaan.
Sebelum itu, anak tunggal berkenaan didapati tidak pulang ke rumah selepas kelas tambahan berakhir. Rakannya kemudian menemukan motosikal mangsa di dalam kawasan sekolah.
Rakannya kemudian ke rumah datuk dan nenek mangsa di Kampung Parit Selamat, kira-kira dua kilometer dari sekolah untuk bertanyakan sama ada Irene Sofiya sudah pulang.
Menyedari cucunya belum pulang, neneknya, Jameyah Rabani, 65, bersama ibu saudara mangsa, Siti Nur Faeza Khyar, 45, serta rakan mangsa ke sekolah untuk mencari sebelum menemukan gadis berkenaan dalam keadaan parah di dalam dewan.
Ketika ditemukan, terdapat kesan darah kering pada badan mangsa, selain lebam yang dipercayai akibat dipukul. Sebuah pasu pecah turut ditemukan berhampiran mangsa.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar sebelum ini mengesahkan punca kematian Irene Sofiya disebabkan kecederaan trauma akibat objek tumpul pada bahagian kepala.
Beliau berkata, perkara itu disahkan menerusi bedah siasat yang dijalankan pakar patologi forensik di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- 3 mentions in the last hour after none the hour before
- 9 independent sources, 9 new in the last hour
- Driven by news coverage (9 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)10:26
- Step 2NewsScoop11:03 · +38 min
Internet reaction
- Kes bunuh Irene Sofiya: Reman remaja 16 tahun disambung 6 hariu/Wartawan Scoop · Scoop · 11:03 · BM
What we know
- Covered by 8 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (11)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
