
Wanita tendang kemaluan polis bantuan berang ditegur alih kenderaan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Wanita tendang kemaluan polis bantuan berang ditegur alih kenderaan (Harian Metro, 13:34)
Read the reporting
3 reportsWanita tendang kemaluan anggota polis bantuan ketika diminta alihkan kenderaan
PETALING JAYA: Seorang wanita bertindak luar kawalan apabila mengamuk dan menendang kemaluan anggota polis bantuan dalam kejadian di Glo Damansara, TTDI, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.38 pagi itu, kejadian berlaku selepas anggota lelaki berusia 30 tahun sedang menjalankan tugas statik.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, anggota berkenaan telah menegur pemandu sebuah kereta Hyundai Inokom yang diletakkan bertentangan arah dan membunyikan hon kepada kenderaan lain tanpa sebab.
Katanya, mangsa kemudian menghampiri kenderaan berkenaan yang dipandu seorang wanita untuk menegur dan mengarahkannya mengalihkan kenderaan.
“Bagaimanapun, suspek menunjukkan isyarat lucah dengan mengangkat jari tengah sambil memberus gigi.
“Suspek kemudian keluar dari kenderaan dan cuba menyerang sebelum menendang bahagian kemaluan mangsa,” katanya di sini hari ini.
Katanya, mangsa meminta bantuan anggota lain ketika bergelut dengan suspek dan cuba menahannya, namun wanita itu berjaya melarikan diri.
“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,”jelasnya. – UTUSAN
The post Wanita tendang kemaluan anggota polis bantuan ketika diminta alihkan kenderaan appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:34
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Harian Metro, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.