Malaysian Attention Engine
Live wire
47Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi43World : Paris Police Issue Overnight Curfew In 2 Areas To Prevent Further Disorder42General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November41Dana tambahan RM500 juta dilulus untuk kementerian Zahid selepas terlebih belanja40Business : STR, SARA Nearly RM11 Bln Disbursed To Eligible Recipients As of September 2026 -- MoF3912 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat38Putin lulus rombakan kerajaan Russia38Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals38Jerebu berulang, di mana ketegasan ASEAN? - Penganalisis36Business : GDB Unit Secures RM118.99 Mln Sarawak Flood Forecasting Programme Subcontract35Japan to launch historic round-trip mission to Mars moon34Beijing’s population expected to become super-aged by 2035
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Wujudkan sempadan kemampuan diri selari komitmen tugas

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 07:04 MYTLatest activity 20 Oct, 07:04BMconfidence 60%

What happened

Wujudkan sempadan kemampuan diri selari komitmen tugas (Harian Metro, 07:04)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·4 min read

Wujudkan sempadan kemampuan diri selari komitmen tugas

By Suliati Asri · 20 Oct, 07:04 MYT

suliati@hmetro.com.my

Kejayaan dalam kerjaya sering diukur melalui pencapaian, tanggungjawab yang mampu dipikul dan keupayaan menyelesaikan pelbagai tugasan.

Namun, di sebalik kesibukan itu, kesejahteraan diri adalah satu perkara yang tidak seharusnya diabaikan.

Bagi wanita yang bekerja dan pada masa sama menguruskan keluarga, mereka selalu mahu memastikan semuanya berjalan lancar menyebabkan keperluan sendiri diletakkan di tempat terakhir.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Datuk Dr Fuziah Salleh, kesejahteraan di tempat kerja harus dilihat sebagai keperluan penting dalam membina tenaga kerja, organisasi dan masyarakat yang lebih sihat serta berdaya tahan.

"Kehidupan profesional dan kesejahteraan diri adalah dua perkara yang saling mengukuhkan antara satu sama lain.

"Apabila kita berkembang maju di tempat kerja, kita bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri tetapi turut mewujudkan kesan positif kepada organisasi, keluarga, komuniti dan masyarakat secara keseluruhannya.

"Sebaliknya apabila kita mengalami burnout (keletihan melampau) atau 'compassion fatigue' (kelesuan akibat tekanan emosi berpanjangan), ia bukan sahaja menjejaskan diri tetapi boleh memberi kesan kepada kualiti perkhidmatan dan organisasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada program One Decade NATCOM2026 bertemakan 'Flourishing at Work, Thriving in Life' anjuran PERKAMA International di Bangi, Selangor baru-baru ini.

Fuziah yang juga kaunselor terlatih sebelum menceburi bidang aktivisme masyarakat, perkhidmatan awam dan politik, turut menekankan kepentingan mengurus diri, mengurus orang lain dan situasi, mengurus sumber serta membina rasa reda dan kepuasan dalam kehidupan.

"Pada masa sama, kita perlu belajar berkata 'tidak,' bersikap asertif, mengurus masa dan menetapkan sempadan supaya kita tidak sentiasa terbeban dengan tuntutan di sekeliling," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa mendapatkan bantuan kaunselor atau pakar psikologi tidak seharusnya dianggap sebagai kelemahan, sebaliknya langkah untuk memahami diri dan memperoleh sokongan yang diperlukan.

"Malaysia sedang berubah dan mendapatkan bantuan daripada kaunselor atau pakar psikologi tidak seharusnya dianggap sebagai kelemahan, sebaliknya satu bentuk kebijaksanaan untuk memahami diri serta mendapatkan sokongan yang diperlukan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Psikologi Jabatan Perkhidmatan Sosial dan Komuniti, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), Norezzati Md Hanafiah pula berkata, keletihan didefinisikan sebagai keadaan apabila seseorang mengalami kekurangan tenaga fizikal atau mental dan berkurangan selepas mendapat rehat mencukupi, berbeza dengan 'burnout' atau letih lesu yang berpunca daripada tekanan kronik yang tidak berjaya diuruskan.

Menurutnya, burnout boleh berkembang secara beransur-ansur apabila seseorang menganggap keletihan melampau sebagai perkara biasa sehingga mengalami kehabisan tenaga, hilang minat terhadap pekerjaan, bersikap negatif dan mengalami penurunan produktiviti.

"Antara tanda awal yang sering tidak disedari termasuk hilang motivasi kerja, mudah marah, sukar menumpukan perhatian, menarik diri daripada pergaulan dengan rakan sekerja serta masih berasa letih walaupun selepas berehat," katanya.

Norezzati berkata, kesukaran menetapkan sempadan dan menolak tugasan tambahan boleh berpunca daripada ketakutan terhadap penilaian orang lain, keinginan mendapatkan pengiktirafan serta kebimbangan dianggap tidak komited terhadap pekerjaan.

Justeru, menurutnya, seseorang individu perlu peka terhadap kemampuan fizikal, mental dan emosi sendiri selain mengamalkan penjagaan kendiri melalui pengurusan tekanan, penetapan sempadan dan mendapatkan bantuan apabila diperlukan.

"Seseorang individu perlu belajar berkomunikasi secara asertif, mengenal pasti keutamaan dan menilai kemampuan sebelum menerima tugasan baharu termasuk berbincang dengan penyelia berkenaan tugasan yang perlu didahulukan apabila beban kerja terlalu banyak.

"Perlu diingatkan bahawa menetapkan sempadan bukan bermaksud enggan bekerja keras, tetapi memastikan komitmen yang diberikan selaras dengan kemampuan dan tanggungjawab diri," katanya.

Selain itu, tekanan kerja berpanjangan yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan seseorang mudah marah, cemas, hilang motivasi dan sukar mengawal emosi.

Keadaan itu juga boleh terbawa-bawa ke rumah apabila individu menjadi kurang sabar, kurang berkomunikasi atau sukar memberikan perhatian kepada pasangan dan anak-anak walaupun berada bersama mereka.

Dari sudut pekerjaan, tekanan berpanjangan boleh menjejaskan tumpuan, proses membuat keputusan dan produktiviti, malah membentuk kitaran apabila kemerosotan prestasi meningkatkan kebimbangan sehingga tekanan menjadi semakin berat.

Norezzati berkata, kesejahteraan pekerja adalah tanggungjawab bersama, namun majikan juga perlu memainkan peranan penting dalam membentuk persekitaran kerja yang sihat kerana beban tugas, gaya kepimpinan, sumber yang tersedia dan budaya organisasi turut mempengaruhi tahap tekanan pekerja.

"Antara langkah yang boleh diambil organisasi termasuk memastikan pembahagian tugas dan sasaran kerja munasabah, melatih penyelia mengenal pasti tanda tekanan serta menyediakan akses kepada khidmat kaunseling.

"Majikan juga perlu mewujudkan persekitaran yang membolehkan pekerja menyuarakan masalah tanpa stigma, selain menangani punca tekanan seperti beban kerja berlebihan dan budaya kerja tidak sihat," katanya.

Ditanya, bilakah seseorang individu itu wajar mendapatkan bantuan profesional, jawab Norezzati, apabila tekanan berpanjangan mula mengganggu tidur, emosi, hubungan interpersonal atau keupayaan menjalankan rutin harian, terutama apabila usaha mengurus tekanan sendiri tidak lagi membantu.

"Bantuan boleh diperoleh daripada kaunselor, pakar psikiatri atau pakar psikologi klinikal, khususnya apabila seseorang semakin sukar mengawal emosi, hilang minat terhadap aktiviti yang disukai atau merasakan dirinya tidak mampu mengurus tekanan.

"Selain itu, antara langkah praktikal untuk menjaga kesejahteraan diri ialah menjaga rutin tidur, melakukan aktiviti fizikal, mengambil rehat secara berkala, menetapkan sempadan antara kerja dengan kehidupan peribadi serta berkongsi masalah dengan individu yang dipercayai.

"Mendapatkan bantuan profesional bukan tanda kelemahan, sebaliknya langkah proaktif untuk memahami masalah dan mencegah keadaan menjadi lebih serius," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 07:46 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
20 Oct, 07:04 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:04

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.