Malaysian Attention Engine
Live wire
50General : Tuanku Muhriz: Royal Succession Disputes Must Follow Adat, Law46PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang42Nahas Jalan Kuching: Pemandu BYD didakwa dengan tiga pertuduhan esok42Lelaki dipenjara lapan tahun tampar, pukul, paksa kanak-kanak makan najis40Akmal Saleh tinggalkan DUN Merlimau?40Penjual buah maut, gerai dirempuh lori balak40General : Mini Tornado In Damansara Caused By Active Thunderstorm Clouds, Says MetMalaysia40Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok37Raja-Raja Melayu gesa pihak luar tidak campuri krisis takhta Negeri Sembilan36Kerajaan berusaha ringankan beban pemandu teksi – PM Anwar36Business : AWC Unit Bags RM39.70 Mln Subcontract For Hyperscale Data Centre35General : Urgent Collective Action Needed To Save Malayan Tiger From Extinction – Lara Ariffin
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

‘Yang hina, caci maki keluarga’ – Idayu Yaakob hantar 100 LOD

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 18:54 MYTLatest activity 14 Oct, 18:54BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Tidak berdiam diri, penyanyi, Idayu Yaakob menerusi peguam sudah menghantar Notis Tuntutan (LOD) kepada lebih 100 individu yang menghina dirinya dan keluarga susulan pandangan mengenai teknik nyanyian di laman sosial. (Kosmo!, 18:54)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·3 min read

‘Yang hina, caci maki keluarga’ – Idayu Yaakob hantar 100 LOD

By HANISAH SELAMAT · 14 Oct, 18:54 MYT

PETALING JAYA – Tidak berdiam diri, penyanyi, Idayu Yaakob menerusi peguam sudah menghantar Notis Tuntutan (LOD) kepada lebih 100 individu yang menghina dirinya dan keluarga susulan pandangan mengenai teknik nyanyian di laman sosial.

Idayu atau nama sebenarnya, Nur Farah Idayu Yaakob, 41, berkata tindakan undang-undang bukan bertujuan mencetuskan pergaduhan, sebaliknya memberi pengajaran kepada individu yang gemar melemparkan kata-kata kesat terhadap orang lain.

“Sejujurnya, yang menandakan nama saya di Threads memang ramai selepas saya bagi pandangan selaku guru vokal dan vocal styling. Saya tidak ambil peduli kalau setakat kritik kerjaya, tetapi masuk bab menghina, mencaci maki saya dan keluarga, itu yang saya hantar LOD.

“Sudah berpuluh-puluh (notis tuntutan) ‘keluar’ malah sebenarnya mencecah 100 LOD dihantar peguam saya iaitu sehari selepas nama saya ‘dipetik’ di Threads, ” katanya pada sesi pra dengar single duetnya bersama Adeep Nahar, Bercanda Emosi di Studio 21:05, hari ini.

Tambah penyanyi juga guru vokal terbabit, peguamnya mula mengambil tindakan sebaik bukti kecaman dikumpulkan termasuk komen yang memperlekehkan pengetahuan muzik serta menghina rupa fizikalnya.

Begitupun, Idayu masih sedia mempertimbangkan menarik balik laporan kepada individu yang menghubunginya untuk meminta maaf dan memadam komen kutukan mereka.

“Sampai hari ini sekitar 20 hingga 30 individu sudah menghubungi saya secara peribadi untuk memohon maaf selepas menerima LOD dan saya sedia memaafkan mereka.

“Kita faham mungkin mereka terlalu sayangkan artis pujaan masing-masing sampai bertindak melampaui batas. Saya pun pernah ada peminat fanatik dahulu, tetapi saya nasihatkan mereka agar jangan cari pasal dengan orang lain.

“Kita usah membuli sesuka hati. Mulut dan jari kena jaga. Jangan ingat boleh maki hamun sesuka hati kemudian terlepas begitu sahaja. Kena ada etika tapi jika ada usaha nak minta maaf, tentu saya maafkan,” ujarnya.

Pada masa sama, bekas peserta Akademi Fantasia musim tiga (AF3) itu menjelaskan kecaman yang diterima berpunca daripada salah faham segelintir pihak terhadap pandangan profesionalnya mengenai gaya vokal dan susunan muzik persembahan penyanyi tempatan.

Akui Idayu, pendapat tersebut disuarakan berdasarkan pengalaman sebagai penyanyi, guru vokal dan jurulatih gaya vokal yang sudah lebih dua dekad tahun dalam bidang berkenaan.

“Saya bercakap berdasarkan kepakaran dan apa yang saya pelajari selama lebih 20 tahun. Saya tidak akan bercakap tentang sesuatu yang bukan bidang saya.

“Apa yang saya suarakan itu adalah pandangan kerana kita mahu melihat pembaharuan. Saya tidak menyebut nama sesiapa atau merujuk kepada penyanyi tertentu pun,” katanya.

Mengulas lanjut, dia menegaskan, kenyataannya mengenai vocal hold bukan bermaksud dia mempertikaikan kebolehan penyanyi membawa nota tinggi, sebaliknya merujuk kepada teknik persembahan yang menurutnya sudah ketinggalan dari segi susunan muzik.

Bagaimanapun, dia kesal apabila pandangannya disalah tafsir sehingga mengundang serangan daripada peminat fanatik yang menyangka dirinya menyindir artis kesayangan mereka.

“Orang tidak tahu perbezaan antara guru vokal dengan guru gaya vokal. Mereka ingat saya marah orang tarik suara tinggi, sedangkan bukan itu yang saya maksudkan.

“Saya anggap apa yang disampaikan sebagai ilmu percuma. Nak terima atau tidak, terpulang. Ilmu itu juga saya peroleh daripada maestro muzik di Malaysia yang pernah menegur saya,” ulasnya.

Walaupun berdepan kecaman, Idayu tidak berhasrat untuk berhenti menyuarakan pandangan berkaitan bidang yang menjadi kepakarannya, sebaliknya menganggap kritikan profesional sebagai sebahagian daripada usaha memajukan industri muzik tanah air.

Sementara itu, mengenai karya ciptaan komposer terkenal, Helen Yap, bersama Slen Fadzil selaku penulis lirik, Idayu teruja gandingan dengan Adeep untuk karya genre pop R&B itu yang memberi cabaran tersendiri. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Yang hina, caci maki keluarga’ – Idayu Yaakob hantar 100 LOD appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow20:00
Latest 20:07 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
14 Oct, 18:54 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    18:54

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.