Malaysian Attention Engine
Live wire
72Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok55Penubuhan RCI tidak jamin LCS siap segera – Khaled Nordin46Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara45General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times44General : MINDEF To Use Idle Military Land For Food Security, Veteran Welfare -- Mohamed Khaled44General : TH Depositors' Money Not Used To Fund PERKESO For Religious Workers - Zulkifli44World : Haze: Malaysia, Indonesia Discuss Joint Solutions43Pemancing terkejut jumpa bom mortar di tepi sungai41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi40General : Sinkhole: JKR To Install Bailey Bridge On Gua Musang-Kota Bharu Road402 suspek curi kabel ditahan selepas kereta terbabas39Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

100 prospek serlah bakat, berkarya di sebalik jeriji besi

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 13:50 MYTLatest activity 11 Oct, 13:50BMconfidence 60%

What happened

Details are being gathered from the sources below.

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

100 prospek serlah bakat, berkarya di sebalik jeriji besi

By NORLIDA AKMAR IDROS · 11 Oct, 13:50 MYT

SINTOK – Seramai 100 prospek dari 15 institusi penjara di seluruh negara membuktikan bakat dan kreativiti dalam bidang seni bahasa masih mampu berkembang meskipun sedang menjalani proses pemulihan di sebalik jeriji besi.

Bakat mereka diketengahkan menerusi Program Ruang Ekspresi Kreatif dan Apresiasi Bahasa (Reka) Zon Semenanjung 2026 yang berlangsung selama dua hari di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini.

Program anjuran Jabatan Penjara dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah UUM itu mempertandingkan empat kategori iaitu teater muzikal, lagu puisi, deklamasi sajak dan syair.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah UUM, Dr. Maulana Al-Fin Che Man berkata, seni bahasa mampu menjadi medium untuk membina keyakinan diri dan menyemai nilai positif dalam kalangan prospek penjara.

“Siapa sangka di sebalik jeriji besi, mereka masih mampu menghasilkan karya dan mempersembahkan bakat yang cukup mengagumkan melalui penghayatan puisi, syair serta pementasan teater.

“Setiap persembahan yang ditampilkan membawa mesej tersendiri, khususnya berkaitan kehidupan, keinsafan dan harapan untuk membina masa depan yang lebih baik,” katanya di sini hari ini.

Katanya, penglibatan dalam pertandingan seni bahasa turut membuka ruang kepada prospek untuk mengembangkan potensi diri menerusi penguasaan bahasa, kreativiti dan kemahiran berkomunikasi.

“Bahasa dan sastera mempunyai kekuatan tersendiri dalam menyampaikan pemikiran serta pengalaman hidup seseorang. Melalui sajak dan syair misalnya, pelbagai mesej kemanusiaan dapat diungkapkan dengan penuh penghayatan.

“Kita dapat melihat bahawa kreativiti tidak mengenal batas kehidupan. Walaupun mereka berada dalam institusi penjara, bakat dan keupayaan untuk berkarya masih boleh diasah serta diketengahkan kepada masyarakat,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Hafidz Othman yang menjalankan tugas Komisioner Jeneral Penjara berkata, program seperti itu wajar diteruskan kerana setiap individu mempunyai potensi untuk berubah dan membina kehidupan yang lebih baik.

“Jeriji besi mungkin membataskan pergerakan fizikal mereka, tetapi tidak mampu menghalang pemikiran, kreativiti dan harapan untuk kembali menyumbang kepada masyarakat,” katanya yang merasmikan program tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post 100 prospek serlah bakat, berkarya di sebalik jeriji besi appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

No timeline yet.

Where it started

Unknown.

How it spread

Not enough data to show how this spread.

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.