Malaysian Attention Engine
Live wire
59Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok56Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor45Buruh didakwa rogol, amang seksual anak tiri45Warga asing guna ‘umpan’ individu lengkap lesen elak operasi JPJ45CelcomDigi tawar pas perantauan serendah RM1045Khianat kedai serbaneka: Polis Sarawak kesan 8 individu44Labourer claims trial to raping, sexually assaulting teenage stepdaughter44Indonesia’s President Prabowo Subianto Sued Over Recurring Forest Fires & Toxic Haze | WeirdKaya44RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202744US to livestream Army execution of Fort Hood shooter, Pentagon official says43World : 17 Rescued, One Missing After Cargo Ship Sinks Off Indonesia's East Java42Melintas jalan secara tiba-tiba, lelaki maut dirempuh kereta
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 07:51 MYTLatest activity 9 Oct, 07:51BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA: Perbelanjaan pembangunan (DE) kerajaan bagi 2027 dijangka meningkat 3.8 peratus kepada RM83 bilion, namun kenaikan itu belum cukup untuk mencetuskan lonjakan ketara dalam aliran projek baharu sektor pembinaan, menurut CIMB Securities Sdn. Bhd. (CIMB Securities). (Utusan Malaysia, 07:51)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara

By .ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI · 9 Oct, 07:51 MYT

PETALING JAYA: Perbelanjaan pembangunan (DE) kerajaan bagi 2027 dijangka meningkat 3.8 peratus kepada RM83 bilion, namun kenaikan itu belum cukup untuk mencetuskan lonjakan ketara dalam aliran projek baharu sektor pembinaan, menurut CIMB Securities Sdn. Bhd. (CIMB Securities).

Firma penyelidikan itu berkata, peningkatan daripada RM80 bilion tahun ini berlaku ketika kerajaan meneruskan konsolidasi fiskal, termasuk pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak RM9 bilion kepada RM32 bilion pada 2027.

Langkah itu dijangka memberi sedikit ruang fiskal untuk membiayai projek pembangunan, namun CIMB Securities berkata perhatian seharusnya diberikan kepada nilai kontrak yang dianugerahkan dan pelaksanaan projek, berbanding jumlah DE semata-mata.

“Sesetengah peruntukan mungkin berkaitan baki projek yang sedang dilaksanakan dan bukannya tender baharu,” katanya dalam nota penyelidikan.

Dalam tempoh sembilan bulan pertama 2026, nilai kontrak projek domestik yang dianugerahkan mencecah RM177 bilion, bersamaan 76 peratus dan 72 peratus daripada keseluruhan nilai projek yang dianugerahkan pada 2024 dan 2025.

Bagaimanapun, projek yang dibiayai kerajaan hanya berjumlah RM37 bilion, masing-masing 57 peratus dan 63 peratus daripada paras yang direkodkan pada 2024 dan 2025.

CIMB Securities menjangkakan perbelanjaan infrastruktur di bawah Belanjawan 2027 tertumpu kepada projek berskala kecil hingga sederhana, khususnya bagi merapatkan jurang pembangunan di Malaysia Timur dan kawasan pedalaman.

“Antara bidang tumpuan dijangka merangkumi infrastruktur air dan penggantian paip, tebatan banjir, infrastruktur luar bandar serta pelaburan grid.

“Antara tender infrastruktur berskala besar yang berpotensi ialah fasa kedua skim bekalan air Rasau dan Langat 2, Pakej Kontrak Utama Awam 3 bagi projek LRT Mutiara Pulau Pinang, Skim Bekalan Air Perak Utara serta projek jalan raya dan utiliti baharu di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sementara itu, aktiviti tender bangunan dijangka perlahan pada suku keempat 2026 apabila pemaju hartanah menangguhkan pelancaran projek susulan peningkatan kos pembinaan dan kadar pengambilan yang lebih lemah.

CIMB Securities mengekalkan pendirian ‘neutral’ terhadap sektor pembinaan dengan Gamuda Bhd dan IJM Corp Bhd sebagai pilihan utamanya. – UTUSAN

The post Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 33NEWnow08:0009:0010:0011:0012:00
Latest 12:45 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
9 Oct, 07:51 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    07:51

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.