Malaysian Attention Engine
Live wire
62Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok49Indonesia belum jawab tawaran bantuan Malaysia tangani kebakaran Kalimantan - Zahid45Bimbang keselamatan keluarga, penduduk Pangsapuri Damai Perdana pilih berpindah44Pendaratan tuna negara hampiri RM1 bilion43Penubuhan RCI tidak jamin LCS siap segera – Khaled Nordin42Tiada keperluan bawa pulang penuntut Malaysia di Arab Saudi setakat ini41World : Trump Says Russia To Supply Diesel Fuel To American, Global Markets40Pangkalan data kumpul profil pesakit Celebral Palsy40Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202739'Krisis Negeri Sembilan bukan salah DAP'- Anthony Loke38General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times37Video tular ritual keagamaan, tindakan sedang dijalankan
RisingConfirmedupdated 16 min ago

Penubuhan RCI tidak jamin LCS siap segera – Khaled Nordin

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
43
+100% / 60 min
Momentum
52
2 vs 1 mentions/h
Sources
5
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 13:56 MYTLatest activity 11 Oct, 15:08BMconfidence 90%

What happened

Penubuhan RCI tidak jamin LCS siap segera – Khaled Nordin (Google News Malaysia (BM), 13:56)

Read the reporting

3 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

RCI bukan penentu penyiapan LCS1 - Khaled Nordin

By Azizi Majid · 11 Oct, 15:08 MYT

KOTA TINGGI: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bukan penentu kepada penyiapan Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), sebaliknya pihak pembuat kapal perlu memastikan tiada lagi kelewatan dalam menyiapkan kapal berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini berunding dengan beberapa negara yang disenarai pendek bagi mendapatkan pembekal peluru berpandu permukaan ke permukaan untuk LCS1, sebagai alternatif kepada Naval Strike Missile (NSM) dari Norway.

Beliau berkata, usaha itu bertujuan memastikan kapal berkenaan dapat dilengkapi sepenuhnya dengan sistem persenjataan tanpa mengambil masa terlalu lama.

"Ketika ini LCS1 sudah dilengkapi peluru berpandu permukaan ke udara, selain sistem berkaitan peperangan antikapal selam dan keupayaan mengesan sasaran.

"Bagaimanapun, kelengkapan peluru berpandu permukaan ke permukaan masih perlu diselesaikan bagi membolehkan kapal berkenaan melaksanakan tugas pertahanan maritim dengan lebih menyeluruh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang supaya kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat kelewatan kemajuan projek LCS TLDM.

Mengulas usaha mendapatkan pembekal peluru berpandu alternatif, Mohamed Khaled berkata, wakil MINDEF sudah dihantar ke beberapa negara yang berpotensi membekalkan sistem persenjataan berkenaan.

"Kita sudah menghantar (wakil) ke negara-negara yang boleh menjadi pembekal bagi menggantikan peluru berpandu NSM.

"Insya-Allah, kita akan pastikan kapal pertama kita, LCS1 tidak berhadapan dengan tempoh terlalu lama untuk mempunyai kelengkapan yang penuh," katanya.

Beliau berkata, keupayaan peluru berpandu permukaan ke permukaan penting bagi membolehkan kapal TLDM menyerang sasaran maritim dari jarak jauh sekiranya berlaku konflik.

Katanya, peluru berpandu antikapal itu diperlukan bagi melengkapkan keupayaan tempur LCS1, selain sistem persenjataan dan keupayaan operasi yang sudah tersedia.

Mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Abdul Karim, yang menggesa siasatan berhubung isu LCS dipercepat dan tidak hanya bergantung pada penubuhan RCI, Mohamed Khaled berkata, proses siasatan perlu dibezakan daripada usaha memastikan kapal berkenaan disiapkan.

Beliau berkata, isu projek LCS juga perlu mengambil kira tindakan undang-undang yang sudah diambil terhadap individu tertentu berhubung perkara itu.

Pada masa sama, katanya, usaha melengkapkan LCS1 dengan sistem persenjataan perlu diteruskan bagi memastikan kapal berkenaan dapat beroperasi dengan keupayaan yang diperlukan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 3 · arrow keys switch reports

Why it is rising

  • Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
  • Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
  • 5 independent sources, 3 new in the last hour
  • Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 43NEWnow15:00
Latest 15:16 MYT
43Rising
Mentions / h2Velocity0.03/minSources5Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source
  3. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
11 Oct, 13:56 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    13:56

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 5 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Google News Malaysia (BM), Kosmo!

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (5)

Penubuhan RCI tidak jamin LCS siap segera – Khaled Nordin
utusan.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate
RCI bukan penentu LCS siap segera, kata Khaled
Free Malaysia TodayNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.