
13 kanak-kanak tadika jadi tebusan, polis tembak penyerang
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
BRASILIA – Polis di Brazil menyelamatkan 13 tebusan kanak-kanak di tadika mereka semalam dan membunuh penyerang yang mengancam untuk membakar bangunan itu, kata beberapa pegawai. (Kosmo!, 12:19)
Read the reporting
1 report
13 kanak-kanak tadika jadi tebusan, polis tembak penyerang
BRASILIA – Polis di Brazil menyelamatkan 13 tebusan kanak-kanak di tadika mereka semalam dan membunuh penyerang yang mengancam untuk membakar bangunan itu, kata beberapa pegawai.
Insiden berlaku di bandar Curitiba, selatan Brazil.
“Kami berjaya ‘meneutralkan’ penyerang dan menyelamatkan 13 kanak-kanak yang telah dibawa untuk pemeriksaan dan diberikan rawatan oleh pasukan penyelamat,” kata komander unit pasukan khas polis tentera negeri Parana, Alexandre Lopes Dias kepada pemberita.
Menurutnya, sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak tersebut cedera.
Penyerang tiba dengan menaiki basikal, memanjat pintu pagar di pusat pendidikan perbandaran untuk anak kecil itu dan mengurung dirinya di dalam bilik bersama 13 kanak-kanak tadika.
Dia kemudian menuang bahan mudah terbakar di dalam bilik tersebut dan memegang pemetik api di tangannya. Penyerang membawa sebilah pisau dan juga apa yang pada mulanya dipercayai sebagai senjata api, tetapi kemudian didapati tiruan.
Sepanjang rundingan berlangsung, suspek berada bersama-sama tebusan dan memangku seorang daripada mereka,” kata pegawai polis sama.
Rundingan dengan penculik berlanjutan dari 2.5 jam hingga tiga jam.
“Sebaik sahaja kami menyedari ramai kanak-kanak semakin resah dan penyerang mula memukul mereka, kami memilih untuk melakukan campur tangan taktikal bagi mengelakkan masalah lebih besar,” kata Lopez Dias.
Media tempatan melaporkan beberapa das tembakan telah dilepaskan dan mendengar bunyi seperti bom kilat.
Menurut polis, penyerang menghidap sakit mental. Motif penculikan belum jelas dan tidak pasti sama ada dia mempunyai hubungan dengan sesiapa di tadika itu.
“13 kanak-kanak ini selamat dan bernyawa!” kata Datuk Bandar Curitiba, Eduardo Pimentel di platform Instagram kemudian. – AFP
The post 13 kanak-kanak tadika jadi tebusan, polis tembak penyerang appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!12:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.