
Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
BATU PAHAT – Dua wanita maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan melibatkan sebuah lori di Jalan Ayer Hitam-Yong Peng di sini petang tadi. (Kosmo!, 18:21)
Read the reporting
5 reports
[KEMASKINI] Identiti dua wanita rentung dikenal pasti
BATU PAHAT – Identiti dua wanita yang rentung selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Ayer Hitam-Yong Peng, di sini petang tadi, dikenal pasti.
Mereka dikenal pasti sebagai Siti Nurmaisarah Abdul Jali dan Siti Nur Batrisya Moha Khalid, masing-masing berusia 22 tahun, dipercayai berasal dari Kampung Parit Sagil, Ayer Hitam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Shamin Mohamed Salikin berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans sebelum mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.21 petang.
Katanya, seramai 16 anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah kenderaan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan sebuah pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati berlaku kebakaran sebuah kereta akibat kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan, iaitu Perodua Myvi dan sebuah lori.
“Kereta Perodua Myvi terbakar dengan dua mangsa didapati tersepit di dalamnya. Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi memadamkan kebakaran sebelum mengeluarkan kedua-dua mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post [KEMASKINI] Identiti dua wanita rentung dikenal pasti appeared first on Kosmo Online .
Why it is accelerating
- Mention velocity 1.5× the previous hour (3 vs 2 mentions)
- Current hour is 2.7 standard deviations above this event's own baseline
- 4 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (8 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!18:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Kosmo!, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (8)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.