
13 lelaki termasuk remaja ditahan bergaduh di tokong
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
AMPANG JAYA – Seramai 13 lelaki berusia antara 15 hingga 20 tahun ditahan selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan di sebuah tokong, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, di sini awal pagi tadi. (Kosmo!, 14:19)
Read the reporting
2 reports
13 lelaki termasuk remaja ditahan bergaduh di tokong
AMPANG JAYA – Seramai 13 lelaki berusia antara 15 hingga 20 tahun ditahan selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan di sebuah tokong, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asistern Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya telah mengesan rakaman video berkaitan kejadian itu yang tular di media sosial.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 12.01 tengah malam sebelum sepasukan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas di lokasi bertindak meleraikan pergaduhan berkenaan.
“anggota rela turut merampas dua objek yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut termasuk sebatang cota besi dan sebatang kayu besbol.
“Susulan kejadian itu, pihak pengurusan tokong menghubungi polis sebelum menyerahkan kesemua 13 lelaki terbabit bersama barangan rampasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kesemua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi membantu siasatan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).
Dalam pada itu, Khairul Anuar menasihatkan orang ramai, khususnya golongan remaja, supaya mengelakkan pergaduhan dan provokasi serta tidak menggunakan senjata atau objek berbahaya.
“Ibu bapa juga dinasihatkan supaya memantau pergaulan anak-anak bagi mengelakkan mereka terlibat dalam kegiatan jenayah,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post 13 lelaki termasuk remaja ditahan bergaduh di tokong appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!14:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.